Misi kami adalah sentiasa memperbaiki interaksi dengan para penumpang, membantu orang untuk bergerak ke arah matlamat masing-masing.

Sejak tahun 2003, kami telah mencipta teknologi yang berinovatif untuk menempah perjalanan, pengangkutan barang, pembelian dan penghantaran, bantuan di jalan raya, yang menjadikan perkhidmatan ini lebih moden, berpatutan dan selamat.

Mengambil kira keistimewaan bandar-bandar besar, berdasarkan satu perkhidmatan, kami memberi pelbagai pengguna peluang untuk berinteraksi secara efektif. Tempahlah perkhidmatan dengan cara yang mudah. Penuhi tempahan - optimumkan proses carian, mengurangkan jarak tempuh dan waktu henti.

Langkah peningkatan operasi syarikat yang berterusan membawa kepada pembahagian tenaga kerja. Setiap individu harus melakukan tugas masing-masing: ada yang membentuk pusat panggilan yang moden dan melatih operator, ada yang membangunkan produk perisian dan memberikan bantuan teknikal, ada yang cuba mengambil perhatian pengguna dan ada yang terlibat di bahagian pengangkutan.

Pada masa kini, pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dalam pelbagai bidang bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan.

Pada bulan Januari 2022, geografi operasi perkhidmatan bertambah lebih daripada 1000 buah bandar dalam dunia.

Di setiap bandar, kami memperhebatkan persaingan dan berusaha untuk kepentingan masyarakat dan ekonomi.

Beberapa tahun sebelum menjadi trend global, kami telah mencipta platform digital berskala industri untuk interaksi para pengguna secara langsung. Pada tahun 2007 yang lalu, para pemandu yang disambungkan ke perkhidmatan telah dipindahkan dari walkie-talkie ke aplikasi mudah alih. Pendekatan innovatif kami untuk menjalankan perniagaan dan keinginan untuk memenuhi perubahan keperluan pengguna membenarkan kami untuk mengambil bahagian secara aktif dalam transformasi dan pembentukan pasaran perkhidmatan pengangkutan moden.

Kami berbangga kerana cita-cita dan pengalaman kami, kompleks perkakasan dan perisian yang terbaik telah dibangunkan yang memastikan operasi perkhidmatan dan menyediakan analisis terperinci untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel.

Kami berusaha untuk menjadi sebuah jenama global sehingga apabila anda melakukan perjalanan ke bandar-bandar dan negara-negara yang berlainan, semua orang tidak kira di mana mereka berada dapat menggunakan perkhidmatan perkhidmatan Maxim.

Kami berasa sukacita mencipta teknologi dan perniagaan yang setanding dengan syarikat-syarikat global terkemuka di dunia.

Masa untuk bergerak!