Maxim lancar ciri baharu ‘Penghantaran Motosikal’

Maxim lancar ciri baharu ‘Penghantaran Motosikal’

24 Mei 2022
#taximaxim

Seiring dengan perkembangan pesat e-commerce, Maxim, sebuah syarikat e-hailing antarabangsa, melancarkan ciri baharu penghantaran motosikal yang menawarkan servis penghantaran pintu ke pintu sebagai tambahan kepada ciri penghantaran kereta mereka yang sedia ada.

Menawarkan harga yang lebih rendah dari perkhidmatan penghantaran lain, ciri baru aplikasi Maxim ini sesuai untuk penghantaran barang seperti dokumen, bungkusan dan hadiah kepada orang tersayang mahupun rakan perniagaan.

Selain menyediakan perkhidmatan penghantaran yang mudah kepada pengguna, ciri baru yang diperkenalkan Maxim ini juga menawarkan peluang untuk pemilik motosikal yang berminat menjadi rakan penghantar menjana pendapatan secara sampingan atau pun sepenuh masa.

Mereka yang berminat untuk menjadi rakan penghantar Maxim boleh mendaftar di taximaxim.com/my/ms-my/courier/ atau lawati laman web Maxim di taximaxim.com/app untuk sebarang info lanjut.

Untuk menggunakan khidmat Maxim, pengguna boleh memuat turun aplikasi Maxim di Google Playstore, Apple Appstore atau Huawei Appgallery dan ikuti Maxim di Facebook (Maxim. E-hailing service) dan Instagram (@maxim_malaysia) untuk mengetahui perkembangan terbaru dan tawaran menarik dari Maxim.