Maxim memperkenalkan tarif untuk pembelian dan penghantaran jarak jauh

Maxim memperkenalkan tarif untuk pembelian dan penghantaran jarak jauh

9 de abril de 2020

Sekarang pengguna perkhidmatan boleh menempah penghantaran dan juga meminta pemandu untuk membeli dan membawa barangan keperluan. Disebabkan oleh pandemik koronavirus, kadar tersebut akan menjadi sangat relevan.

Perkhidmatan kadar “Penghantar” dan “Beli dan hantar” beroperasi di 35 buah bandar di Malaysia Kos “Penghantar” adalah sama dengan kadar “Ekonomi” dan ianya melibatkan penghantaran terus ke pintu. Permintaan ke tempahan membolehkan anda untuk meminta penghantaran terus ke pintu dengan bayaran tambahan sebanyak 3 ringgit. Di dalam ruang komen, pengguna boleh meletakkan maklumat tambahan. Contohnya, apa yang perlu dihantar.

Kadar “Beli dan hantar” sedikit mahal dari “Ekonomi” sebanyak 3 ringgit. Surcaj ini disebabkan oleh perkhidmatan tambahan pembelian. Di ruang komen anda perlu menulis senarai barangan dan berikan wang secara pemindahan bank kepada pemandu untuk pembayaran. Selepas pembelian, pemandu akan memberikan anda resit.

- Sekarang orang ramai menghantar bungkusan dengan pemandu, barangan peribadi, meminta untuk mengambil makanan dari kafe. Pembelian yang popular ialah barang dapur, ubat farmasi tanpa preskripsi, atau sebarang keperluan asas yang lain. Apabila situasi bertambah baik, kadar tersebut akan kekal. Kami menjangkakan perkhidmatan ini mempunyai permintaan walaupun ketika kuarantin - berkata Ketua Perkhidmatan di Malaysia Denis Fedyaev.

Tempahan kadar baharu ini boleh dilakukan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain juga. Untuk melakukannya, sila nyatakan nombor telefon individu terbabit di dalam permintaan supaya individu tersebut dan pemandu dapat berinteraksi dan mendapat notis pemberitahuan. Pilihan ini berguna jika anda mahu menjaga saudara--mara anda atau menghantar barangan yang mereka perlukan atau membuat kejutan kepada kawan-kawan anda.

Ketika waktu pandemik, para pemandu akan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang disyorkan oleh WHO.