Mudah dan Pantas: Maxim E-hailing Memperkenalkan Fungsi “Auto”

Mudah dan Pantas: Maxim E-hailing Memperkenalkan Fungsi “Auto”

21 de febrero de 2024

Fungsi “Auto” merupakan ciri automatik bagi menerima tempahan untuk rakan-pemandu melalui aplikasi. Ia adalah sistem yang menghubungkan tempahan secara automatik bagi meneruskan perjalanan terus. Sistem menganalisis pesanan yang diterima daripada aplikasi dan menawarkan rakan-pemandu dengan tempahan baharu yang berdekatan dengannya. Jika pemandu sudah dalam perjalanan dengan penumpang, maka tugasan fungsi auto adalah untuk menawarkan mereka perjalanan seterusnya berhampiran titik akhir laluan semasa. Dengan cara ini, pemandu akan dapat memenuhi pesanan satu demi satu, sepanjang rangkaian, dan bekerja dengan lebih cekap.

Dengan fungsi ini, ia sangat mudah untuk rakan-pemandu dan pengguna. Pemandu boleh menumpukan perhatian di jalan raya tanpa bimbang kehilangan tempahan seterusnya dan pengguna akan mendapat perjalanan terdekat mereka dengan lebih pantas.Justeru itu, kepuasan dari pihak pengguna juga meningkat baik dengan bilangan tempahan yang bertambah.

Selain itu, rakan-pemandu juga boleh memperolehi lebih banyak wang tambahan. Jaminan tempahan yang berterusan akan membantu meningkatkan bilangan perjalanan, dan lebih menarik lagi, semua tempahan bersambung antara satu sama lain. Seterusnya ialah mutu pemanduan dan penumpuan yang lebih baik apabila mereka tidak perlu menggunakan telefon dan mencari tempahan.

Maxim E-hailing juga memberi pilihan kepada rakan-pemandu apabila mereka mempunyai hak memilih. Sama ada mereka boleh memilih "Terima" "Menolak" atau mereka boleh menutup ciri tersebut. Sistem ini berkongsi peluang kepada pemandu untuk memilih pilihan mereka sendiri, ini memberikan kesan yang lebih positif kepada mereka kerana ianya lebih mudah.

Manakala bagi pengguna Maxim E-hailing, memberi manfaat kepada mereka dengan memudahkan untuk mendapatkan tempahan kerana ianya terus bersambung dengan pemandu yang berada di sekitar jalan raya dan mendapatkan terus maklumat perjalanan. Kadar tempoh menunggu juga semakin baik, kerana banyak pemandu menggunakan fungsi auto.

Di samping itu, dengan fungsi ini ia juga boleh membantu pelanggan mendapatkan tempahan mereka dengan lebih pantas kerana pemandu tidak membuang masa mereka untuk memilih tempahan. Ia berhubung secara automatik dengan pengguna dan jika tempahan itu jauh dari tempat teratas, masih ada pemandu yang akan menyambung dengan tempahan itu

“Sistem automatik ini telah menunjukan potensi yang baik dengan peningkatan bilangan tempahan setiap hari. Memandangkan ciri ini sangat mudah untuk rakan-pemandu kami, saya percaya bahawa ramai pemandu memilih untuk menghidupkan sistem Auto mereka bagi memperolehi lebih banyak pendapatan dan pada masa yang sama mereka mendapat perjalanan yang berdekatan antara satu sama lain. Untuk memenuhi permintaan rakan-pemandu, kami membenarkan mereka menerima dan menutup sistem. Ianya lebih fleksibel kepada mereka” Mohd Hazwan, Pengarah Maxim E-hailing Malaysia.

“Daripada pengalaman saya, saya lebih suka menghidupkan bahagian auto semasa tempahan. Ini kerana saya boleh fokus pada jalan raya sambil membawa penumpang dengan jaminan tempahan seterusnya. Perjalanan yang lebih selamat dan membiarkan sistem menjalankan tugas mereka untuk mencari tempahan. Dengan ini, saya juga memperolehi lebih banyak wang tambahan, kerana perjalanan itu disambungkan dengan tempahan penghantaran terakhir” Yaw Mee Wei, Rakan-pemandu.