Maxim Malaysia Mengimbas Tahun Transformasi, Menetapkan Sasaran Pengembangan bagi 2026

Maxim Malaysia Mengimbas Tahun Transformasi, Menetapkan Sasaran Pengembangan bagi 2026

Menjelang hujung tahun, Maxim E-hailing Malaysia mempamerkan hasil daripada satu tempoh transformasi yang signifikan serta pencapaian kukuh dalam aspek pematuhan, keselamatan dan khidmat komuniti sepanjang tahun 2025, di samping berkongsi perancangan strategik bagi tahun 2026.

Usaha menyeluruh syarikat sepanjang tahun 2025, yang merangkumi pencapaian pematuhan pelesenan pemandu sebanyak 100% melalui proses pengesahan yang ketat serta sokongan kewangan penuh bagi semua permit, telah diiktiraf secara rasmi dengan kelulusan akhir daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Pencapaian ini mengukuhkan platform operasi Maxim untuk fasa seterusnya.

“Kerja yang kami laksanakan tahun ini adalah untuk membina asas yang kukuh, bertanggungjawab dan mampan. Pencapaian pematuhan penuh serta pengiktirafan rasmi ini membolehkan kami untuk menumpukan sepenuh usaha ke arah pertumbuhan dan penambahbaikan buat komuniti,” kata Mohd Hazwan Musley, Pengarah Maxim Malaysia. “Pelan hala tuju kami bagi 2026 adalah jelas iaitu bagi memperluas peluang kepada pemandu, mencapai komuniti baharu dan menambah baik perkhidmatan kami.”

Sepanjang 2025, Maxim telah memperkukuh perkhidmatan terasnya dengan melancarkan ciri keselamatan baharu seperti pilihan “Women’s Rate” serta penambahbaikan fungsi SOS dalam aplikasi. Syarikat turut mengoptimumkan ciri “Mesra OKU” bagi penumpang kelainan upaya dan menjadi perintis kepada program “Drive for Inclusion” bagi mewujudkan peluang pendapatan kepada pemandu berkeperluan khas. Sokongan terhadap mobiliti harian turut diperluaskan melalui pemberian diskaun khas kepada orang awam.

Di luar aplikasi, komitmen Maxim turut dirasai dalam komuniti di seluruh negara. Syarikat telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam program kesedaran keselamatan jalan raya serta melaksanakan lebih 50 inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). Inisiatif ini memberikan penyaluran bantuan secara langsung, termasuk sumbangan kemudahan kepada hospital, serta sokongan kepada rumah anak yatim, golongan kurang berkemampuan dan mangsa bencana alam.

“Misi kami sememangnya sejak awal adalah untuk menyediakan mobiliti yang mudah diakses oleh semua. Kerjasama dan program yang dilaksanakan tahun ini mengukuhkan bahawa apa yang kami sediakan bukan sekadar perjalanan, tetapi ia merupakan satu perkhidmatan penting yang menyokong maruah, keterangkuman dan kekuatan komuniti,” tambah Hazwan.

Dengan asas ini, strategi Maxim bagi tahun 2026 akan memberi tumpuan dalam mewujudkan peluang baharu dan memperluas liputan perkhidmatan, khususnya dalam penghantaran makanan dan barangan. Syarikat juga akan menarik serta melengkapkan pematuhan undang-undang rakan pemandu baharu dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan di semua wilayah. Usaha ini akan membantu pengembangan perkhidmatan Maxim ke kawasan luar bandar dan pinggir bandar, sekaligus memastikan akses yang lebih luas kepada mobiliti yang mampu milik dan boleh dipercayai untuk semua lapisan masyarakat. Maxim akan terus memberi manfaat kepada orang ramai serta mewujudkan pasaran e-hailing yang kompetitif di Malaysia.