Kemeriahan Jalur Gemilang Semperna Merdeka Ke-65 Bersama Maxim Malaysia

Kemeriahan Jalur Gemilang Semperna Merdeka Ke-65 Bersama Maxim Malaysia

24 août 2022
#taximaxim

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia, di mana Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada Kerajaan British.Pada tahun ini rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-65. Semangat tahun ini berlainan pada tahun yang lepas di mana kesemua rakyat dapat meraikan dengan gilang gemilang selepas hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19

Maxim Malaysia berganding bahu bersama pemandu bagi menunjukan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara dengan menjalankan kempen kibarkan jalur gemilang. Jalur gemilang merupakan identiti negara dan dengan kesempatan ini Maxim Malaysia percaya bahawa sambutan ini akan dapat menghangatkan kembali suasana kemerdekaan dan memupuk semangat kecintaan dalam diri pemandu aplikasi Maxim khususnya.

Pemasangan bendera pada kenderaan Maxim akan dijalankan di seluruh Malaysia termasuk beberapa daerah di setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pemandu akan diberikan satu bendera dan digalakan untuk memasang di kendaraan masing-masing sehingga 16 September 2022 iaitu Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh nikmati kod promosi pada bulan kemerdekaan “KELUARGAMALAYSIA”untuk pesanan pertama dan berpeluang untuk mendapat RM30 ke dalam akaun Maxim.

Dengan kesempatan ini, Maxim Malaysia juga ingin mengambil peluang untuk mengajak orang ramai mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Bulan Kebangsaan akan menjadi satu platform bersama bagi semua warga Malaysia untuk melahirkan perasaan bangga dan cinta terhadap negara.

Pemandu Maxim boleh mendapatkan Jalur Gemilang and di pejabat Maxim Malaysia berdekatan. Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di talian taximaxim.com/my/.