
50 Keluarga Mangsa Kebakaran Menerima Bantuan Dari Maxim E-hailing
Pihak syarikat telah mengadakan acara tanggungjawab sosial korporat di Kota Kinabalu, Sabah, yang bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dan mangsa kebakaran di Kampung Cempaka Likas. Usaha besar ini dijalankan untuk menyokong persiapan mereka menjelang Ramadan.
Bantuan disalurkan kepada lima puluh keluarga yang terjejas oleh kebakaran, di mana seramai 669 orang terlibat. Pasukan tersebut membawa bekalan makanan penting dan keperluan lain untuk memberi keselesaan; mereka menghantar bantuan tersebut terus kepada keluarga-keluarga tersebut.
Kesan dari kebakaran itu sangat buruk kerana kebanyakan mereka kehilangan semua harta benda mereka, termasuk rumah. Terutama sekali kerana insiden itu berlaku sehari sebelum sambutan Ramadan. Barangan yang diberikan adalah berdasarkan permintaan dari mangsa, yang memerlukan bekalan makanan seperti biskut, mi segera, gula, pek kopi, susu, dan beberapa lagi.
Bukan hanya pasukan dari Maxim E-hailing, tetapi juga pemandu rakan kongsi turut terlibat dalam proses ini. Mereka bekerjasama bagi memastikan program berjalan dengan lancar.
“Sebagai sebahagian dari Maxim E-hailing, saya sangat bersyukur atas peluang ini. Menyertai acara kebajikan dari syarikat yang saya bekerjasama memberi saya motivasi untuk terus bekerja sebagai pemandu rakan kongsi. Ini juga memotivasi saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Saya berharap ini dapat memberi manfaat kepada mangsa-mangsa,” kata Mizzuri Asfira Anak Repong, pemandu rakan kongsi.
“Aktiviti kebajikan ini diadakan untuk membantu keluarga yang memerlukan dan keluarga yang terlibat dalam bencana serta untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Maxim dan komuniti. Kami berharap dengan bantuan yang disalurkan, beban semua keluarga yang terlibat dalam aktiviti ini dapat diringankan. Program seperti ini akan membantu syarikat swasta untuk lebih mendekati dan memahami komuniti serta menjalin hubungan yang lebih mesra,” kata Dennie Dimpat, ketua Maxim E-hailing di Kota Kinabalu.
Sebagai tambahan, Maxim E-hailing ingin mencapai impak positif dari program ini; ia adalah salah satu komitmen syarikat untuk berkongsi dengan komuniti, yang kami percaya adalah penyokong pengguna kami.