Maxim telah membatalkan bayaran menunggu disebabkan oleh kelewatan penerbangan atau apa-apa pengangkutan antara bandar yang lain.

Maxim telah membatalkan bayaran menunggu disebabkan oleh kelewatan penerbangan atau apa-apa pengangkutan antara bandar yang lain.

14 Agustus 2019

Syarat ini sah untuk pengguna yang telah menempah kenderaan di lapangan kapal terbang atau stesen perhentian pada masa yang ditentukan dan menunjukkan nombor penerbangan mereka.

Lapangan terbang dan stesen perhentian adalah salah satu tempat yang popular untuk perjalanan. Peratusan tempahan dimana ianya digunakan untuk alamat destinasi awal atau akhir adalah berjumlah hampir 5%. Ciri-ciri perjalanan seperti ini adalah menunggu lama kerana perubahan dalam jadual penerbangan. Disebabkan ini, penumpang yang membuat pra-temphan untuk waktu yang tepat terpaksa membayar lebih banyak, dan para pemandu yang tidak dapat bersabar akan kehilangan markah rating mereka kerana membatalkan perjalanan.

Sekarang, penumpang tidak akan membayar kerana menunggu yang bukan disebabkan oleh kesalahan mereka. Pemandu dapat mengetahui melalui jadual di atas talian atau di kaunter pertanyaan bila penerbangan akan tiba dan memilih untuk menunggu penumpang atau membatalkan tempahan yang diberikan tanpa menjatuhkan rating. Jika tempahan dibatalkan, ianya akan diberikan kepada pemandu yang lain.

Penumpang boleh menulis nombor penerbangan di aplikasi tempahan Maxim atau di laman sesawang kami. Jika alamat destinasi awal ialah lapangan kapal terbang, stesen keretapi, stesen bas atau perhentian feri, di bahagian permintaan untuk tempahan akan muncul baris yang berkaitan. Jika melakukan tempahan melalui nombor telefon, sila nyatakan keadaan ini kepada operator.

Jika penerbangan mengikut waktu yang ditetapkan dan penumpang mengesahkannya, bayaran menunggu akan dikenakan berdasarkan tarif yang ditetapkan. Ianya percuma untuk lima minit pertama dan kemudian dikira berdasarkan minit menunggu yang seterusnya. Sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, kiraan menunggu akan bermula apabila penumpang mengumumkan ketibaannya.