Ikuti Perkembangan, Maxim Reka Gambar Berdasarkan Teknologi “AI”

Ikuti Perkembangan, Maxim Reka Gambar Berdasarkan Teknologi “AI”

15 Januari 2024

Teknologi kecedersan buatan (AI), adalah simulasi perkembangan terkini yang digunakan dan ini termasuk rekaan berbentuk gambar. Ia adalah gabungan teknologi dari manusia yang membantu mencipta kemahiran dengan meningkatkan kelajuan, realiti dan pengurusan data.

Bagi mengikuti perkembangan semasa, Maxim E-hailing mengeluarkan reka bentuk eksklusif AI yang membayangkan perkhidmatan daripada syarikat dengan seorang budak lelaki comel menjadi salah seorang Rakan-pemandu. Beberapa perkhidmatan boleh dilihat melalui gambar ini dengan memberikan gambaran tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat.

Konsep reka bentuk ini adalah untuk menyampaikan emosi, keseronokan, dan realiti ke dalam gambar. Teknologi ini membantu orang ramai memahami idea melalui gambar. Maxim E-hailing mencipta gambar AI seorang budak lelaki comel untuk menarik perhatian dengan kecomelan dan realiti Rakan-pemandu yang menikmati kerja mereka.

Ini juga bukan sekadar gambar; ia gambar rekaan AI mencerminkan realiti perkhidmatan harian yang diberikan oleh Rakan-pemandu. Mereka mengambil penumpang, kargo untuk barang besar, mencuci pakaian, menghantar makanan dan barangan. serta towing. Perkhidmatan seperti pengangkutan penumpang, kargo untuk barangan atau item besar, dobi, penghantaran makanan atau kiriman bungkusan dan juga menunda kereta. Semua perkhidmatan boleh didapati melalui aplikasi.


Memberi sokongan yang padu kepada kawan semasa hari pertama bekerja sebagai Rakan-pemandu #supportmember


Kerja sambilan sebagai tukang cuci baju kerana banyak mainan yang perlu dibeli

10 tan? Ehhh jangan risau naik je Maxim!

Barang penghantaran anda selamat dengan saya! Terutamanya aiskrim krim dan gula-gula

Ayah mintak pertolongan kita menunda kereta

Masa depan teknologi berkembang maju untuk perkembangan dan mengekalkan persekitaran serta mematangkan pemikiran. Dengan berkongsi realiti kehidupan, Maxim E-hailing berharap ini dapat membantu orang ramai untuk mengetahui berkenaan perkhidmatan yang disediakan