Permintaan untuk pengangkutan di Kuantan: Hari dan masa apabila kereta ditempah paling kerap

Permintaan untuk pengangkutan di Kuantan: Hari dan masa apabila kereta ditempah paling kerap

25 იანვარი, 2019

Pakar perkhidmatan Maxim menganalisis bagaimana jumlah tempahan pada tahun 2018 berubah pada masa yang berbeza.

Statistik perkhidmatan untuk bandar Kuantan menunjukkan bahawa keperluan penumpang untuk perjalanan bergantung pada hari dan waktu. Pada tahun lepas, penduduk di Kuantan sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan pada separuh minggu pertama. Pada hari berkerja iaitu hari Isnin hingga Khamis menyumbangkan peratusan perjalanan yang sama: 16% daripada jumlah keseluruhan untuk masa seminggu. Pada Hari Jumaat dan Sabtu, jumlah itu merosot kepada 12% daripada jumlah tempahan. Manakala peratusan tempahan pada hari Ahad adalah lebih rendah iaitu sebanyak 3% kerana penduduk sibuk dengan urusan rumah tangga, persiapan untuk permulaan minggu pertama bekerja dan kurangnya penggunaan pengangkutan.

Pada waktu siang hari, permintaan perjalanan adalah berbeza. Pada hari bekerja, jumlah tempahan yang terbesar adalah pada pukul 9 pagi dan 3 petang: 10% daripada jumlah untuk satu hari. Pada siang hari, keperluan orang ramai untuk perjalanan adalah hampir sama, dan pada waktu petang aktiviti itu menurun selepas pukul 5 petang. Bilangan tempahan paling sedikit adalah dari pukul 10 malam hingga ke 4 pagi: pada waktu itu, tempahan kereta adalah tidak lebih daripada 1% jumlah orang yang melakukan perjalanan pada siang hari.

Dinamik permintaan pada hujung minggu tidak jauh berbeza. Waktu kemuncak pada waktu pagi biasanya berlaku pada 11 pagi. Pada siang hari pula, waktu kemuncak tidak berubah: peratusan tempahan maksimum ialah 11%, iaitu pada pukul 3 petang. Pada waktu malam, jumlah tempahan adalah antara 1 hingga 4%.

Statistik akan berguna kepada mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan dengan kereta. Pada waktu permintaan yang rendah, kecenderungan untuk penjimatan wang dan pemanduan yang lebih cepat boleh berlaku.