Siapakah yang membawa penumpang di Kuantan?

Siapakah yang membawa penumpang di Kuantan?

2019 ж. 22 наурыз
#taximaxim

Pada 22 Mac, di seluruh dunia menyambut Hari Teksi Antarabangsa. Pada malam sebelum sambutan, pakar perkhidmatan Maxim memutuskan untuk memberitahu bagaimana rupa tipikal seorang pemandu dengan memberikan nama mereka, umur dan jenis kereta.

Nama yang paling biasa digunakan di kalangan pemandu yang menyempurnakan tempahan perjalanan adalah Mohamad. 4% lelaki mempunyai nama tersebut. Tempat kedua ialah Abdul dengan jumlah 3% peratus. Manakala baki selebihnya dengan jumlah hampir 1.5% ialah nama Ahmad.

Kebanyakan pemandu berumur 21 hingga 35 tahun. Terdapat lebih separuh dalam lingkungan umur tersebut dengan jumlah keseluruhan 56%. Dengan jumlah 25.5% adalah mereka berusia antara 36 hingga 45 tahun. Tetapi baki pemandu berumur lebih 66 tahun hanyalah 0.3%.

Kebanyakan bekerja menggunakan kereta persendirian. Jenama kenderaan yang kerap digunakan ialah Perodua dan Proton. Di tempat pertama ialah Perodua MyVi, 13% daripada jumlah pemandu yang menyempurnakan tempahan daripada jumlah keseluruhan pemandu. Manakala, Proton Saga adalah jenama kenderaan lain yang disukai dengan jumlah hampir 10%. Di tempat ketiga adalah Perodua Alza, ia dipilih sebanyak 8% dari mereka yang melakukan pekerjaan tersebut. Perodua Axia, Perodua Viva, Proton Persona, Perodua Bezza, Toyota Vios dan Proton Exora juga merupakan antara kereta yang paling popular.

Oleh itu, jika anda memesan sebuah kereta di Malaysia, kemungkinan besar pemandu adalah seorang pemuda di bawah umur 35 yang bernama Mohamad dalam kereta Perodua MyVi. Pada Hari Pemandu Teksi Antarabangsa, jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepadanya semasa hari sambutan.