Perkhidmatan ‘Maxim’ telah mula beroperasi di Kota Bharu dan Kota Kinabalu

Perkhidmatan ‘Maxim’ telah mula beroperasi di Kota Bharu dan Kota Kinabalu

2019 ж. 23 сәуір

Penduduk dan pelawat di kedua bandar ini boleh menempah pengangkutan di aplikasi 'Maxim' dan dalam talian di lama sesawang.

Kos perjalanan diketahui dengan segera selepas menentukan laluan, tidak bergantung kepada keadaan trafik dan tidak akan berubah di penghujung perjalanan. Maka, penumpang boleh merancang kos pengangkutan dengan mudah.

Antara fungsi unik aplikasi ini ialah keupayaan untuk membuat pra-tempahan dan menentukan laluan yang kompleks daripada beberapa alamat dan komunikasi rahsia yang mudah dengan pemandu. Dalam tempahan, anda boleh memaklumkan tentang pengangkutan bagasi atau haiwan, meminta bantuan daripada pemandu, menyatakan jumlah wang untuk pembayaran dimana memerlukan baki. Pengguna yang hendak memberitahu individu yang lain ke mana beliau pergi, boleh menghantar pautan ke peta dengan laluan perjalanan. Ini akan memudahkan anda apabila anda perlu mengambil kawan anda pada perjalanan tersebut atau memastikan perjalanan individu yang disayangi berjalan dengan lancar.

Tempahan dilaksanakan oleh rakan kongsi perkhidmatan – teksi-teksi dan pembawa individu. Di dalam aplikasi Taxsee Driver, mereka memilih jenis pengangkutan yang diperlukan dan melihat kadar untuk tempahan di tempat-tempat bandar yang berbeza. Pada masa yang sama, aplikasi menunjukkan kos tempahan dengan segera dan membenarkan anda untuk melaksanakan tempahan yang terdekat. Oleh itu, pemandu boleh mengetahui jumlah pendapatan, mengurangkan masa tanpa kerja dan menjimatkan bahan api.

Perkhidmatan Maxim mula beroperasi di Malaysia pada musim luruh tahun 2018. Disamping Kota Bharu dan Kota Kinabalu, syarikat perkhidmatan ini boleh digunakan di bandar-bandar Kuantan, Seremban, Kuala Terengganu dan Miri. Tidak lama lagi, ianya akan beroperasi di kawasan lain di dalam negara ini.