Merdeka 2025: Maxim E-hailing Prihatin Terhadap Masyarakat dengan Mengunjungi Wad Pediatrik di Hospital Miri Sempena Hari Kemerdekaan

Merdeka 2025: Maxim E-hailing Prihatin Terhadap Masyarakat dengan Mengunjungi Wad Pediatrik di Hospital Miri Sempena Hari Kemerdekaan

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, Maxim E-hailing telah menyemarakkan suasana kemerdekaan dengan mengadakan lawatan ke wad pediatrik di Hospital Miri. Inisiatif ini menandakan tahun kelima berturut-turut Maxim menyambut Hari Kebangsaan melalui program khidmat masyarakat, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat dalam menyebarkan kegembiraan serta merapatkan hubungan sesama komuniti di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada program hari tersebut, seramai lima pemandu rakan niaga Maxim telah membentuk konvoi patriotik dari pejabat Maxim Miri ke Hospital Miri sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan ini telah memberi keceriaan kepada lebih 75 pesakit muda di tiga buah wad pediatrik, membawa senyuman, gelak tawa dan semangat kenegaraan kepada mereka yang terpaksa menyambut hari bersejarah ini di hospital.

Acara ini diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, pemberian belon serta agihan beg cenderamata yang mengandungi makanan ringan, permainan dan bendera kecil. Bagi menyokong kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka, Maxim turut menyumbangkan bakul makanan yang berisi makanan kering berkhasiat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Lebih daripada sekadar hiburan, sambutan ini turut bertujuan untuk menyuntik semangat cinta negara dan mendidik minda muda mengenai erti sebenar Hari Kebangsaan serta makna menjadi rakyat Malaysia yang bersatu dan merdeka.

“Hari Kebangsaan bukan sekadar mengibarkan bendera, ia adalah tentang menyemai rasa perpaduan, kebanggaan dan rasa memiliki, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Dengan mendekati kanak-kanak di hospital, kita bukan sahaja membawa kegembiraan kepada mereka, malah turut mendidik mereka tentang erti kemerdekaan, ketabahan dan nilai komuniti,” kata Gary Jali Lim, Ketua Maxim Miri.

Ramai kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut walaupun sedang menghadapi cabaran kesihatan, dengan penuh semangat mewarna simbol negara dan mengibarkan bendera kecil. Jururawat, ibu bapa dan kakitangan hospital turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif ini, sambil mengakui kesan emosi positif yang dirasai oleh para pesakit dan penjaga mereka.

“Menyambut Hari Kebangsaan di hospital mengingatkan anak-anak ini bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar bahawa mereka adalah warganegara yang dihargai. Ia tentang menyemai benih patriotisme walaupun di tempat yang tidak dijangka,” demikian pengalaman yang dikongsi oleh para ibu bapa di wad pediatrik.

Acara ini selari dengan misi utama Maxim untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat e-hailing, dengan terus aktif dalam usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang membina komuniti yang lebih kukuh dan penyayang. Maxim berharap dapat meneruskan dan memperluas program seumpama ini ke kawasan lain di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.