​Hari Malaysia 2025: Maxim Menyatukan Masyarakat di Sarawak dengan Menyediakan Bantuan Sosial

​Hari Malaysia 2025: Maxim Menyatukan Masyarakat di Sarawak dengan Menyediakan Bantuan Sosial

Sempena Hari Malaysia, Maxim E-hailing meneruskan inisiatif tahunan berfokuskan komuniti dengan mengadakan beberapa program amal di Kuching, Bintulu, dan Sibu. Tahun ini menandakan tahun kelima penganjuran program tersebut, mencerminkan komitmen Maxim dalam menyemarakkan semangat patriotik serta memberi kembali kepada masyarakat setempat.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan, memperkukuh nilai-nilai patriotik, dan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pemandu Maxim dengan komuniti setempat. Melalui aktiviti kebajikan dan penglibatan secara langsung, program ini menekankan kepentingan saling membantu dan prihatin dalam menyambut kemerdekaan negara.

Kuching

Konvoi pemandu Maxim mengunjungi Splendid Care Center dengan membawa sumbangan makanan serta turut serta dalam tugasan ringan seperti mengecat, mengemas, dan berkebun, di samping meluangkan masa bersama penghuni dan kakitangan pusat tersebut. Program ini bukan sahaja tertumpu kepada pemberian sumbangan, tetapi juga usaha menceriakan pusat penjagaan itu bersama-sama dengan penghuni. Maxim percaya usaha sebegini mampu membawa kegembiraan dan kehangatan kepada warga emas, khususnya ketika musim perayaan. Pemandu-pemandu rakan kongsi turut serta dalam aktiviti pembersihan dan menghiburkan para penghuni, sekali gus mencipta suasana yang mesra dan penuh keceriaan.

Bintulu

Pemandu Maxim mengunjungi Methodist Children’s Home dengan membawa keceriaan kepada anak-anak melalui sumbangan kelengkapan sekolah termasuk beg, botol air, alat tulis, dan kalkulator. Lebih daripada 15 pemandu rakan kongsi mengambil bahagian dalam program yang dijalankan sehari sebelum Hari Malaysia ini, mengukuhkan lagi semangat solidariti dan keprihatinan. Selain sumbangan tersebut, inisiatif ini juga menyokong program selari di bawah Hospital Bintulu yang bertujuan membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa serta memperluas kesan positif semangat Hari Malaysia. Program ini diakhiri dengan jamuan makan bersama, yang mempereratkan hubungan antara pemandu dan anak-anak dalam suasana penuh keceriaan.

Sibu

Pemandu rakan kongsi dan pasukan Maxim berkumpul di Darul Uloom Islamiyyah untuk menyumbangkan barangan makanan asas termasuk beras, minyak masak, gula, dan telur bagi menyokong lebih 25 pelajar. Program ini turut disemarakkan dengan simbol-simbol patriotik seperti bendera Malaysia, bendera Maxim, kipas tangan, dan sepanduk, yang mencerminkan semangat perpaduan dan kebanggaan nasional.

“Kami amat bersyukur atas kunjungan dan sumbangan daripada Maxim sempena Hari Malaysia ini. Sokongan ini amat bermakna buat para pelajar kami, dan kami berharap Maxim akan terus meneruskan usaha sebegini pada masa akan datang. Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban kami, malah turut memberi inspirasi kepada para pelajar dengan nilai-nilai kebaikan dan perpaduan. Kami akan sentiasa menghargai kemurahan hati ini,” Seorang wakil daripada Darul Uloom Islamiyyah menyatakan penghargaan.

Miri

Maxim bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Miri dengan menyokong Program Derma Darah yang berlangsung di Dewan Bulan Sabit Merah Miri dengan kehadiran YB Dato Sebastian Ting, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (pelancongan). Kakitangan dan pemandu Maxim mengenakan pakaian tradisional seperti baju melayu, samfu, dan pakaian etnik bagi meraikan kepelbagaian budaya serta kebanggaan masyarakat Malaysia. Program dimulakan dengan perhimpunan konvoi dan sesi bergambar, diikuti dengan penyerahan sumbangan kejutan kepada Puan Sunny, wakil MRC yang bertanggungjawab. Pemandu serta kakitangan kemudiannya menyertai aktiviti derma darah, manakala Maxim turut membuka booth promosi bagi pengunjung yang hadir, sekali gus memperkukuh kesedaran jenama di kalangan masyarakat. Usaha ini menonjolkan nilai CSR syarikat sambil meraikan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan keterangkuman.


Hari Malaysia adalah masa untuk kita merenung, bersatu, dan memberi kembali kepada masyarakat. Di Maxim, kami berasa amat bertuah kerana diberikan peluang untuk berkongsi kegembiraan bersama komuniti yang kami berkhidmat. Ia bukan sekadar sumbangan, tetapi tentang kehadiran kami, membina hubungan, dan memberi impak positif bersama-sama,” Gary Lim, Ketua Bandar Maxim di Miri, turut berkongsi pandangannya.

Melalui usaha ini, Maxim E-hailing terus memperkukuh ikatan dengan komuniti setempat, menyemarakkan semangat patriotik di kalangan pemandu dan masyarakat, serta menonjolkan komitmen syarikat terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Berguna

Kategori