​Maxim Malaysia Melancarkan Inisiatif "PSV Tanpa Kos", Menanggung Sepenuhnya Yuran Lesen untuk Pemandu E-Hailing Baharu

​Maxim Malaysia Melancarkan Inisiatif "PSV Tanpa Kos", Menanggung Sepenuhnya Yuran Lesen untuk Pemandu E-Hailing Baharu

Program ini bertujuan untuk memberikan Akses Mudah kepada aplikasi kami, Memberi Bantuan Kewangan, dan Memberdayakan Rakan-Pemandu Baharu.

Maxim Malaysia salah satu, penyedia perkhidmatan e-hailing terkemuka, telah mengumumkan inisiatif untuk menanggung sepenuhnya kos mendapatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi semua rakan-pemandu baharu. Program "PSV Tanpa Kos" ini diwujudkan bagi menghapuskan halangan kewangan kepada individu yang bercita-cita menjadi pemandu, sekali gus menyokong mereka sejak permulaan perjalanan e-hailing mereka.

Selaras dengan peraturan E-hailing di Malaysia, semua pemandu e-hailing baharu perlu melengkapkan kursus PSV dan lulus pemeriksaan perubatan di institut memandu bertauliah. Proses wajib ini, yang memastikan pemandu dilatih dengan betul serta berada dalam keadaan kesihatan yang sesuai demi keselamatan penumpang, lazimnya menelan kos sekitar RM250 dan mengambil masa antara satu hingga dua minggu untuk diselesaikan.

Bagi meringankan kos awal ini, Maxim Malaysia akan membayar balik sepenuhnya jumlah yuran PSV dan pemeriksaan perubatan kepada pemandu baharu setelah mereka menyerahkan resit rasmi kepada wakil Maxim. Bayaran balik ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun Taxsee Driver pemandu dalam bentuk bonus.

Baki ini memberi nilai praktikal. Pemandu baharu boleh mula menerima tempahan di platform Maxim selepas menerima lessen EVP tanpa dikenakan caj komisen, kerana komisen platform akan ditolak secara automatik daripada baki akaun mereka. Ini membolehkan pemandu menyimpan 100% daripada pendapatan mereka sehingga jumlah yang dikreditkan digunakan, sekali gus memberikan permulaan tanpa komisen.

“Kami percaya kepada usaha memperkasakan rakan-pemandu sejak hari pertama. Lesen PSV adalah piawaian wajib yang tidak boleh dipertikaikan dalam industri kami, demi keselamatan dan profesionalisme, melindungi penumpang serta pemandu. Dengan menghapuskan halangan kewangan ini, kami bukan sahaja memudahkan proses pendaftaran malah turut melabur dalam pertumbuhan dan kejayaan rakan-pemandu kami. Matlamat kami adalah untuk menjadikan permulaan kerjaya e-hailing lebih lancar dan penuh sokongan,” kata Mohd Hazwan Musley, Pengarah Maxim Malaysia.

Selain menanggung kos, Maxim juga menyediakan bantuan menyeluruh untuk membantu pemandu mendapatkan lesen PSV mereka. Ini termasuk membimbing mereka langkah demi langkah sepanjang proses pendaftaran, mengadakan sesi pendidikan mengenai keselamatan jalan raya dan penjagaan penumpang, serta bekerjasama dengan sekolah memandu bertauliah bagi memastikan pemandu mendapat akses mudah kepada latihan. Melalui usaha ini, Maxim bukan sahaja mengurangkan beban kewangan, malah memperkasakan rakan-pemandu baharu dengan pengetahuan dan sumber yang diperlukan untuk berjaya sebagai pemandu e-hailing profesional.

Inisiatif ini menegaskan komitmen Maxim dalam mewujudkan persekitaran pendapatan yang mampan dan menarik. Dengan mengurangkan tekanan kewangan pada peringkat awal, syarikat berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk meneroka bidang e-hailing sebagai kerjaya yang berdaya maju dan memberi ganjaran, sekali gus mengembangkan rangkaian pemandu bertauliah dan patuh undang-undang bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.

Полезное

Рубрики