KembaliMaklumat legal
KembaliMaklumat legal

Peraturan program mata ganjaran


1. Peraturan-peraturan ini ditujukan kepada mana-mana pengguna perkhidmatan Maxim (tafsiran diperlukan berdasarkan negara), adalah tawaran rasmi perkhidmatan Maxim (tafsiran diperlukan berdasarkan negara) dan mengandungi semua syarat program mata ganjaran.
2. Istilah-istilah yang digunakan di dalam peraturan-peraturan.
2.1. Peserta - pengguna kemudahan perkhidmatan Maxim.
2.2. Peserta baharu - pengguna yang pertama kali menggunakan kemudahan perkhidmatan Maxim, yang pada awalnya tidak mengaktifkan kod promosi perkhidmatan Maxim dan tidak membuat tempahan menerusi aplikasi (dari nombor telefon yang dipautkan ke aplikasi) atau dari nombor telefon.
2.3. Pengguna - individu yang membuat tempahan kemudahan perkhidmatan Maxim bersesuaian dengan syarat-syarat yang dijelaskan di “Peraturan operasi perkhidmatan Maxim”.
2.4. Kod promosi - urutan huruf dan nombor yang dijana oleh aplikasi dan bertujuan untuk kegunaan individu oleh peserta-peserta mata ganjaran atau untuk pertukaran di antara peserta-peserta mata ganjaran. Kod promo adalah pengenal pasti pengirim dan penerima, mata ganjaran yang diberikan dan penyertaan dalam kempen perkhidmatan Maxim. Hanya boleh digunakan di negara yang menciptanya. Untuk mengaktifkan kod promosi, anda perlu memasukkannya ke dalam ruang yang sepatutnya dalam aplikasi Maxim atau diberikan oleh operator, jika kemungkinan seperti itu terdapat dalam bahan promosi.
2.5. Mata ganjaran ringgit — unit konvesional yang dikira dalam ringgit Malaysia (1 mata ganjaran bersamaan dengan 1 ringgit Malaysia), yang boleh digunakan sebagai potongan harga sehingga 10 % kecuali dinyatakan sebaliknya dalam bahan promosi dan/atau peraturan-peraturan terkini, untuk pembayaran tempahan dengan harga yang berpatutan. Mata ganjaran ringgit tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan mempunyai tempoh had penggunannya yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan ini.
2.6. Hadiah ringgit - unit konvensional yang dikiran dalam ringgit Malaysia (1 hadiah ringgit bersamaan 1 ringgit Malaysia), yang boleh digunakan untuk pembayaran tempahan dengan kadar berpatutan sehingga 100% kos tempahan dengan syarat nilainya tidak melebihi nilai denominasi (kuantiti) hadiah ringgit.
2.7. Akaun peribadi ialah akaun maya pengguna aplikasi Maxim yang dicipta oleh perkhidmatan Maxim, di mana pembayaran pendahuluan dan jumlah wang yang ditahan (didebitkan) dari pembayaran ini dicatat sebagai pembayaran untuk tempahan dengan kadar yang berpatutan.
2.8. Diskaun - potongan harga yang diberikan kepada pengguna untuk kemudahan perkhidmatan Maxim dalam jumlah yang ditentukan semasa menghantar maklumat mengenai potensi permintaan pengguna untuk tempahan dengan harga yang berpatutan melalui aplikasi Maxim.
2.9. Promosi - pelbagai aktiviti pengiklanan dan pemasaran yang diumumkan oleh perkhidmatan Maxim. Dalam kerangka penyertaan dalam promosi, pengguna dapat menerima kod promosi, diskaun dan hak-hak istimewa yang lain dengan cara yang ditentukan oleh peraturan ini.
3. Jenis-jenis mata ganjaran.
3.1. “Mata ganjaran pertama”. Peserta baharu yang memasukkan kod promosi ke dalam aplikasi Maxim yang diambil dari bahan pengiklanan perkhidmatan Maxim. Setelah berjaya mengaktifkan kod promosi, jumlah mata ganjaran ringgit yang dinyatakan di dalam bahan pengiklanan dimasukkan ke dalam akaun Peserta Baharu di mana ianya boleh digunakan untuk membayar tempahan pada kadar yang berpatutan dalam tempoh 90 hari dari tarikh dikreditkan,
3.2. “Mata ganjaran baharu”. Peserta Baharu dan/atau Peserta yang selama dalam tempoh yang dinyatakan pada bahan pengiklanan, tidak membuat tempahan dari nombor telefon sendiri dan tidak mengaktifkan kod promosi perkhidmatan Maxim, memasukkan kod promosi ke dalam aplikasi Maxim yang diambil dari bahan pengiklanan, atau memberitahu operator, jika terdapat kemungkinan yang ditunjukkan dalam baha pengiklanan tersebut. Selepas berjaya mengaktifkan kod promosi, jumlah mata ganjaran ringgit yang ditunjukkan pada bahan pengiklanan dikreditkan ke akaun Peserta Baharu atau Peserta yang memenuhi kriteria yang ditentukan dalam klausa ini di mana ianya boleh digunakan untuk membayar tempahan pada kadar yang berpatutan dalam tempoh 90 hari dari tarikh dikreditkan.
3.3. “Berikan kepada rakan anda”. Peserta menjana kod promosi peribadi dalam aplikasi Maxim dan menghantarnya kepada Peserta Baharu dengan apa-apa cara sahaja. Selepas pengaktifan kod promosi dalam aplikasi pada peranti mudah alih, Peserta Baharu akan menerima mata ganjaran 30 ringgit. Peserta Baharu akan menerima mata ganjaran 7 ringgit bagi setiap pengaktifkan kod promosi peribadi yang berjaya dengan syarat peserta tersebut telah membuat 3 tempahan berbayar dalam tempoh 90 hari dari tarikh ianya dikreditkan dengan mata ganjaran ringgit pada kadar yang berpatutan yang dicipta oleh aplikasi Maxim. Mata ganjaran ringgit dikreditkan ke akaun peribadi pengguna dan boleh digunakan untuk membayara tempahan pada kadar yang berpatutan dalam tempoh 90 hari dari tarikh dikreditkan.
3.4. “Kod tawaran promosi”. Pengguna aplikasi Maxim menerima kod promosi untuk mengambil bahagian dalam tawaran perkhidmatan Maxim. Selepas pengaktifan kod promoi, pengguna menjadi peserta tawaran promosi. Mata ganjaran dan hadiah ringgit untuk pengaktifan tidak dikreditkan. Tempoh dan prosedur untuk mengaktifkan kod, serta syarat-syarat, prosedur dan jangka masa promosi akan diumumkan kepada pengguna aplikasi Maxim sebagai tambahan.
3.5. “Kod promosi bonus”. Pengguna aplikasi Maxim menerima kod promosi dalam bentuk bonus sebagai hadiah berdasarkan penyertaan dalam tawaran perkhidmatan Maxim. Selepas pengakifan, hadiah ringgit dikreditkan ke akaun peribadi pengguna atau boleh digunakan untuk membayara tempahan pada kadar yang berpatutan. Nilai kod promo dalam ringgit Malaysia dan jangka masa penggunaannya ditentukan oleh syarat-syarat promosi.
3.6. “Kod promosi hadiah”. Pengguna aplikasi Maxim (jika fungsi tersebut terdapat dalam aplikasi) menjana kod promosi dengan bantuan butang “Cipta kod promosi hadiah” dan menunjukkan nilai denominasinya dalam bentuk pemberian ringgit Malaysia. Wang dalam ringgit Malaysia bersamaan dengan jumlah hadiah Ringgit, yang didebitkan dari akaun peribadi pengguna atau kad bank yang dipautkan. Pengguna menghantar kod promosi beliau dalam apa-apa cara kepada penerima yang boleh mengaktifkan kod promosi. Selepas pengaktifan, hadiah ringgit di mana jumlahnya merupakan nilai denominasi kod promosi hadiah, dikreditkan ke akaun peribadi penerima.
4. Terma dan syarat tambahan untuk penggunaan kod promosi, mata ganjaran dan hadiah boleh didapati di dalam bahan pengiklanan promosi.
5. Perkhidmatan Maxim memaklumkan mengenai peraturan-peraturan, tempoh-tempoh, syarat-syarat program mata ganjaran di dalam aplikasi Maxim dan di laman sesawang taximaxim.com/app.