Рӯйдодҳо
Maxim Malaysia Melancarkan Inisiatif "PSV Tanpa Kos", Menanggung Sepenuhnya Yuran Lesen untuk Pemandu E-Hailing Baharu
Program ini bertujuan untuk memberikan Akses Mudah kepada aplikasi kami, Memberi Bantuan Kewangan, dan Memberdayakan Rakan-Pemandu Baharu.
Maxim Malaysia salah satu, penyedia perkhidmatan e-hailing terkemuka, telah mengumumkan inisiatif untuk menanggung sepenuhnya kos mendapatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi semua rakan-pemandu baharu. Program "PSV Tanpa Kos" ini diwujudkan bagi menghapuskan halangan kewangan kepada individu yang bercita-cita menjadi pemandu, sekali gus menyokong mereka sejak permulaan perjalanan e-hailing mereka.
Maxim Malaysia Melancarkan “Drive For Inclusion”, Menjadi Syarikat E-Hailing yang Memberdayakan Pemandu OKU
Dalam langkah bersejarah ke arah keterangkuman dalam ekonomi digital Malaysia, Maxim Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran program “Drive For Inclusion”, sebuah inisiatif khusus untuk memberi peluang dan sokongan kepada individu berkeperluan khas untuk menjadi pemandu e-hailing.
Hari Malaysia 2025: Maxim Menyatukan Masyarakat di Sarawak dengan Menyediakan Bantuan Sosial
Sempena Hari Malaysia, Maxim E-hailing meneruskan inisiatif tahunan berfokuskan komuniti dengan mengadakan beberapa program amal di Kuching, Bintulu, dan Sibu. Tahun ini menandakan tahun kelima penganjuran program tersebut, mencerminkan komitmen Maxim dalam menyemarakkan semangat patriotik serta memberi kembali kepada masyarakat setempat.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan, memperkukuh nilai-nilai patriotik, dan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pemandu Maxim dengan komuniti setempat. Melalui aktiviti kebajikan dan penglibatan secara langsung, program ini menekankan kepentingan saling membantu dan prihatin dalam menyambut kemerdekaan negara.