Di Malaysia, telah mula beroperasi perkhidmatan tempahan teksi antarabangsa “Maxim”

Di Malaysia, telah mula beroperasi perkhidmatan tempahan teksi antarabangsa “Maxim”

30 พฤศจิกายน 2018

Pada kali pertama beroperasi di negeri Pahang – bandar Kuantan.

“Maxim” menawarkan kaedah untuk tempahan teksi menerusi aplikasi dan laman sesawang taximaxim.com. Sumber-sumber tersebut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, dan akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ini akan melaksanakan ke semua kemungkinan perkhidmatan antarabangsa. Contohnya, di dalam aplikasi anda dapat melihat lokasi teksi di dalam peta, berkongsi laluan perjalanan dengan orang lain, ulangi pesanan dari sejarah dan menghubungi pemandu menerusi ruangan pesanan ringkas. Fungsi unik ialah keupayaan untuk membuat pra-tempahan dan laluan daripada beberapa alamat, memesan sehingga tiga kereta pada waktu yang sama, berkomunikasi dengan pemandu selepas perjalanan dalam ruangan bualan dan menggunakan aplikasi untuk membuat panggilan sulit. Fungsi yang terakhir ini berguna jika pengguna terlupa barang-barang peribadi di dalam kereta. Di dalam perkhidmatan “Maxim” juga, terdapat program bonus yang membolehkan anda untuk menjemput kawan-kawan menggunakan aplikasi dan menerima mata ganjaran untuk membayar perjalanan.

Harga perjalanan diketahui dengan serta-merta selepas menentukan laluan. Ia tidak bergantung kepada keadaan lalu lintas dan tidak akan berubah di penghujung perjalanan. Oleh sebab itu, penumpang sentiasa mengetahui kos perjalanan dan boleh merancang kos pengangkutan. Pada masa ini, kos perjalanan di Kuantan bermula dari RM1.

Pengangkutan dilakukan oleh rakan perkhidmatan – teksi dan pemandu individu. Di dalam aplikasi “Taxsee Driver”, para pemandu boleh melihat tempahan di dalam daerah-daerah bandar yang berbeza dengan petunjuk kos dan laluan perjalanan, dan boleh memilih tempat yang terdekat atau yang paling menarik. Oleh itu, pemandu sentiasa mengetahui jumlah pendapatan mereka, mengurangkan perjalanan yang sia-sia dan menjimatkan petrol.

— Di Malaysia, “Maxim” akan berkembang di bandar-bandar kecil, dan kemudian secara beransur-ansur memasuki pasaran ibu kota Kuala Lumpur. Tidak seperti pesaing yang menawarkan tempahan pelbagai perkhidmatan, kami mengkhususkan secara eksklusif dalam bidang pengangkutan untuk memberikan perkhidmatan yang paling mudah dan moden. Kami berusaha untuk menjadikan perjalanan dalam teksi lebih menguntungkan dan selamat untuk pengguna, serta meningkatkan pendapatan pemandu. Kami yakin bahawa perkhidmatan kami akan mempunyai lebih permintaan, — bercakap Ketua Perkhidmatan Hala Tuju Malaysia, Denis Fedyaev.