Aplikasi Maxim Melancarkan Ciri-Ciri Baru “Saya Sudah Menuju Ke Kereta”

Aplikasi Maxim Melancarkan Ciri-Ciri Baru “Saya Sudah Menuju Ke Kereta”

25 เมษายน 2023

Ciri baharu dilancarkan di aplikasi Maxim E-hailing, dimana ia akan muncul selepas tempahan dibuat. Ciri ini direka khas bagi memudahkan proses tempahan untuk penumpang dan pemandu.

Ketika tempahan dibuat, selalunya pemandu perlu meluangkan sedikit masa untuk menunggu penumpang di lokasi dan ada sesetengah dari penumpang yang tidak membalas mesej sehingga menyebabkan masa menunggu menjadi lebih lama. Dengan adanya ciri baharu ini penumpang dapat menekan butang tersebut, dengan cara tidak langsung ianya akan terus menghantar info kepada pemandu.

Pengguna hanya perlu menekan ciri butang tersebut sekiranya bersedia dan pemandu akan mendapat maklumat tersebut. Ini dapat menjalinkan komunikasi secara dua hala tanpa perlu panggilan telefon atau mesej.Maxim E-hailing berharap agar ciri terbaru ini dapat memanfaatkan semua.

Baru- baru ini, satu tinjaun telah dijalankan dan ia menunjukan lebih kurang 10% dari tempahan lengkap menggunakan ciri terbaharu dan ini merupakan maklum balas yang baik dimana pengguna menggunkanya. Bilangan pengguna yang menggunkan ciri baharu ini meningkat dari hari ke hari, melalui ini pihak kami boleh menyatakan impak yang bagus telah dilaksanakan

“Saya berasa sangat gembira selepas mendapat tahu Maxim E-hailing mengambil inisiatif dengan penggeluaran ciri terbaru. Kini lebih mudah untuk saya mendapat informasi dari penumpang. Bukan masalah untuk saya menunggu sedikit masa bagi mereka untuk sampai di lokasi, hanya perlu pengesahan dari penumpang yang mereka dalam perjalanan. Changgat, Pemandu Maxim E-hailing”

Bagi mencapai kepuasan dari pengguna dan pemandu. Maxim E-hailing selalu mencuba yang terbaik untuk melancarkan lebih banyak kemudahan dia aplikasi.