Pemerkasaan Pemandu E-hailing Wanita, Kini Semua Boleh Memandu

Pemerkasaan Pemandu E-hailing Wanita, Kini Semua Boleh Memandu

11 มีนาคม 2024

Hari Wanita Antarabangsa ialah sambutan tahunan pada 8 Mac, peringatan tentang hak, penghargaan, suara dan pergerakan wanita. Apabila bercakap tentang wanita, bukan sahaja kecantikan, dan keibuan, tetapi mereka juga kuat, bekerja keras, dan mempunyai kewangan yang stabil. Sempena sambutan ini, analisis Maxim E-hailing membuat kajian dan mendapati anggaran peratusan pemandu wanita ialah 6% hingga 10%

Maxim E-hailing menghargai dan menyokong pemerkasaan wanita. Daripada jumlah ini, pakar dari Maxim E-hailing menemu bual pemandu wanita yang mendapat peluang untuk bekerjasama.

Saya menyertai Maxim pada tahun 2020, semasa kesukaran ekonomi yang terjejas akibat Covid-19. Saya juga kehilangan pekerjaan pada masa itu dan melihat satu iklan dalam talian yang mengatakan bahawa Maxim mencari pemandu. Ini merupakan peluang yang terbaik. Ianya merubah kehidupan dimana saya sangat bersyukur dan memutuskan untuk menjadi pemandu sepenuh masa pada tahun 2022 sehingga hari ini” Rosliana Daris, Rakan-pemandu

Perkhidmatan ini memberi peluang kepada wanita untuk mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan sambilan. Ia membantu mereka menggabungkan aktiviti dan menjana pendapatan pada setiap perjalanan mengikut jadual mereka sendiri. Sesetengah daripada mereka, menggabungkan pekerjaan itu ke dalam rutin mereka, sebagai contoh apabila mereka telah menghantar anak-anak ke sekolah, mereka mungkin membuka aplikasi Taxsee dan mencari tempahan yang berdekatan dengan rumah mereka.

Saya seorang suri rumah sepenuh masa, dengan tiga orang anak di sekolah menengah. Sebab utama saya menyertai Maxim adalah kerana saya sedang mencari pendapatan tambahan untuk membantu keluarga saya tetapi pada masa yang sama saya perlu mengatur jadual anak saya. Waktu kerja yang fleksibel, memberi saya peluang untuk menjana pendapatan dan pada masa yang sama menguruskan rumah tangga” Hasmida Amir, Rakan-pemandu.

Pemandu wanita mendapat permintaan tinggi oleh penumpang kerana mereka berasa lebih selamat. Terutamanya pelajar universiti, wanita bujang, dan ibu yang mempunyai anak. Ia membantu dengan perjalanan jarak jauh, tempahan tengah malam dan perjalanan berseorangan.

Berpeluang untuk menjadi zon selamat untuk seseorang adalah salah satu sorotan dalam hidup saya. Bilangan penumpang wanita mengatakan bahawa mereka berasa selamat bersama saya. Apabila mereka masuk ke dalam kereta dan berkata bahawa mereka sangat bersyukur kerana mendapat pemandu wanita” Rosliana Daris, Rakan-pemandu.

Namun, dalam masyarakat, terdapat juga fahaman yang mengatakan bahawa memandu bukanlah pekerjaan bagi wanita, kerana tugas ini memerlukan kerja keras yang berkaitan dengan pemanduan jauh, bertemu orang baharu, pengetahuan kereta, dan situasi pengendalian. Wanita sentiasa tinggal di rumah menjaga anak-anak, dan melakukan rumah tangga. Tetapi Maxim membuktikan bahawa tidak semua orang adalah sama, wanita juga boleh dan kadangkala mereka lebih membantu dengan empati yang tinggi.

“Ada satu situasi yang saya ingin kongsikan dengan semua orang, tahun lepas saya membantu seorang wanita melarikan diri daripada suaminya yang kaki pukul dan membawanya ke balai polis. Saya berasa sangat bersyukur apabila saya mendapat peluang untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan, terutamanya wanita” Aishah, Rakan-pemandu.

Maxim E-hailing sedang berusaha untuk memastikan memberi sokongan kepada wanita, dengan mendengar suara mereka dan percaya bahawa setiap orang mempunyai peluang yang sama. Kami percaya bahawa semua didengari dan ini boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan seseorang, Maxim membuka platform kepada semua.