Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan

Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan

1 เมษายน 2024

Kuala Terengganu - Maxim E-hailing telah mengadakan acara pengagihan bubur lambuk kepada umat Islam di Masjid Abidin. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia.

Pasukan Maxim mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6:00 petang hingga 7:00 petang untuk pelawat yang datang ke masjid. Mereka juga memberikan kalendar Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk waktu imsak dan berbuka puasa.

Bagi memastikan semangat Ramadan bersinar lebih cerah, Maxim menganjurkan pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus membina hubungan mesra dengan masyarakat. Program seperti ini harus diteruskan kerana ia membantu masyarakat setempat untuk mewujudkan kesedaran untuk membantu antara satu sama lain dan mempamerkan perbuatan baik dan pemurah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Masjid Abidin dan kepada mereka yang terlibat semasa pengagihan makanan. Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia” Ammar Aziz, Ketua Bahagian Terengganu.

Ramadan merupakan bulan yang di penuhi dengan kebaikan, di mana umat Islam mengambil peluang untuk menderma dan berkongsi dengan orang lain. Maxim mengambil bahagian dalam acara ini dan berharap dengan berkongsi ini ia akan membawa kegembiraan dan makna kepada penerima.

Program itu dibuat di masjid negeri yang sentiasa padat dengan ahli jemaah, sedekah yang bermakna ini dikongsi pada bulan yang mulia. Kebanyakan mereka juga adalah keluarga, warga emas, dan pelancong

“Saya datang ke Terengganu untuk membeli-belah bagi persiapan sambutan Aidilfitri, dan berasa seronok dapat bertemu dengan pasukan Maxim yang menerangkan kepada saya tentang pengangkutan yang boleh saya gunakan dalam bandar ini. Bersyukur juga, pada hari ini mereka berkongsi juadah dengan kami untuk sesi berbuka puasa,”kata salah seorang peserta acara ini.

Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia.

Info