Bersemperna Dengan Hari Derma Darah Sedunia, Pemandu Maxim E-hailing Menyelamatkan Lebih Dari 150 Nyawa

Bersemperna Dengan Hari Derma Darah Sedunia, Pemandu Maxim E-hailing Menyelamatkan Lebih Dari 150 Nyawa

24 มิถุนายน 2024

Hari Menderma Darah Sedunia ialah sambutan menderma darah. Ia adalah bagi menghargai penderma darah yang sukarela menderma darah mereka dan menyelamatkan nyawa. Usaha ini amatlah mulia di mana penderma membantu untuk menyelamtakan nyawa orang lain, tanpa mengetahui siapa penerimanya nanti.

Bagi memperingati majlis tersebut, Maxim E-hailing mengambil bahagian dalam kempen derma darah di seluruh Malaysia. Kempen bermula di Bintulu, Miri, Kuching, Kota Kinabalu, Sungai Petani, dan Kuala Terengganu. Ia merupakan kempen berterusan, bermula 6 Jun 2024 sehingga Hari Penderma Sedunia 14 Jun 2024.

Lebih daripada 150 Rakan-pemandu mengambil bahagian dalam program ini, bersama-sama dengan pasukan pekerja dari Maxim E-hailing. Masing-masing berjaya menderma satu hingga dua beg darah. Jumlah beg darah yang dibenarkan bergantung pada keadaan kesihatan dan nasihat dari ahli perubatan.

Program ini juga bekerjasama dengan organisasi tempatan, hospital dan organisasi kesihatan di mana Maxim adalah salah satu penderma utama.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan kami baru-baru ini dalam menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama pelbagai hospital. Menyaksikan pemandu dan kakitangan kami yang berdedikasi berkumpul untuk menyumbang ke arah tujuan mulia ini. Sokongan dan penyertaan hebat pasukan kami benar-benar menunjukkan nilai yang kami pegang sebagai sebuah syarikat - belas kasihan, perpaduan dan khidmat masyarakat. Sungguh menggembirakan apabila melihat pekerja kami menerapkan prinsip ini dan membuat perubahan ketara dalam kehidupan orang lain melalui tindakan mereka yang tidak mementingkan diri sendiri” kata Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley.

“Saya sangat berterima kasih atas sesi derma darah hari ini, di mana kami berjaya mencapai bilangan sasaran beg darah dimana beberapa daripadanya daripada pemandu Maxim. Jumlah beg ini boleh menyelamatkan banyak nyawa, dan kami akan menghantarnya terus ke hospital untuk digunakan. Saya juga berharap kerjasama antara pemandu Maxim dan pihak pengurusan hospital untuk kekalkan hubungan yang baik” kata salah seorang jururawat dari jabatan perubatan transfusi.

Maxim E-hailing bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pendermaan darah dalam kalangan Rakan-pemandu dan membantu mereka memahami faedah menjadi penderma. Tujuan utamanya adalah untuk menyebarkan semangat membantu mereka yang memerlukan dan memaklumkan Rakan-pemandu tentang manfaat kesihatan derma darah. Malah, menderma darah boleh mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan aliran darah, dan mengimbangi tahap zat besi.

“Sebab utama saya menyertai program hari ini ialah kerana pada tahun lepas, saya merupakan salah satu nyawa yang telah diselamatkan dengan menjadi penerima darah ketika saya mengalami kemalangan dan saya memerlukan darah tambahan. Jadi saya memutuskan untuk menyertai sebagai pemandu Maxim untuk membalas budi, saya sangat teruja apabila saya melihat ketua bandar mempromosikan kempen ini” kata salah seorang Rakan-pemandu Maxim E-hailing.

Program derma darah menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun dan Maxim E-hailing amat berbangga menjadi salah satu penderma yang menyumbang untuk menyelamatkan orang ramai. Syarikat bercadang untuk menyertai acara ini setiap tahun, kerana impak program ini adalah positif dan memberi manfaat kepada banyak pihak.