Perkhidmatan Maxim melancarkan program bonus untuk pemandu di Malaysia

Perkhidmatan Maxim melancarkan program bonus untuk pemandu di Malaysia

16 tháng 5, 2019

Dengan adanya program ini, anda boleh dapat diskaun ke atas pelbagai perkhidmatan dan produk dari syarikat rakan kongsi kami. Program ini boleh didapati di dua buah bandar yang beroperasi iaitu Kuantan dan Miri.

Tawaran rakan kongsi ada di kategori “Penyelenggaraan kereta”, di mana dengan bantuan tawaran ini, anda boleh menjimatkan wang untuk mencuci kereta. Untuk menggunakan diskaun ini, anda perlu buka menu utama di dalam aplikasi Maxim dan pergi ke bahagian “Tawaran Rakan Kongsi”, pilih bonus dan tunjukkan ketika mahu membayar untuk perkhidmatan atau produk yang anda mahu. Program ini sedang berkembang dengan bonus-bonus yang baharu dalam pelbagai kategori akan muncul di dalam bahagian ini. Ianya mungkin diskaun untuk penyelenggaraan, baiki tayar, cucian kering kereta dan banyak lagi. Bonus ini mudah digunakan ketika waktu kerja kerana ianya akan menjimatkan kos untuk pemandu dalam penyelenggaraan kenderaan dan mengurangkan kos penyediaan perkhidmataan.

Kami merancang untuk melanjutkan tindakan program bonus dan penumpang perkhidmatan. Dimana diskaun boleh digunakan di pelbagai kedai, pusat membeli-belah, kafe dan restoran.

— Program bonus membantu kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan menunjukkan yang kami peduli terhadap mereka. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi dari pelbagai bidang supaya setiap orang boleh memilih tawaran yang sesuai dan menggunakannya dengan mudah – berkata Abd Manan Ahmad Khamal, ketua perkhidmatan "Maxim" di Malaysia.

Syarikat-syarikat yang berminat untuk menarik pelanggan-pelanggan baru dan mahu meletakkan promosi mereka di dalam aplikasi Maxim dan Taxsee Driver boleh menghubungi pejabat perkhidmatan di bandar mereka.