Konvoi Kemerdekaan Pemandu Maxim Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

Konvoi Kemerdekaan Pemandu Maxim Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

2 tháng 9, 2022
#taximaxim

Selepas hampir tiga tahun pandemik COVID 19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, sambutan kemerdekaan pada tahun ini sangat luar biasa di mana seluruh rakyat Malaysia meraikannya dengan gilang gemilang. Bertemakan slogan Keluarga Malaysia pada tahun ini, syarikat pengendali e-panggilan Maxim (Malaysia) juga tidak terlepas meraikan kemeriahan kemerdekaan negara yang ke-65 dengan melaksanakan perarakan kemerdekaan di beberapa bandar utama Malaysia termasuk Kuching, Bintulu, Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan, Tawau, Seremban and Kuantan.

Sebanyak kira- kira 10 ke 20 kenderaan yang mempunyai pelekat iklan e-panggilan Maxim telah menyertai perarakan tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar bandar bandar-bandar utama. Kibaran Jalur Gemilang ini telah dijayakan sepanjang jalan-jalan utama dan berhenti untuk berkumpul di tempat tarikan orang ramai untuk sesi bergambar dan promosi aplikasi e-panggilan Maxim. Perarakan ini telah diiringi oleh pihak polis dan dimulakan pada 9 pagi sehingga tamat konvoi.

Syarikat e-panggilan Maxim Malaysia optimis dengan usaha yang dijalankan ini dapat menerapkan rasa patriotisme dalam diri rakyat dan meningkatkan kasih sayang untuk tanah air tercinta. Semangat kemerdekaan kali ini dapat dilihat dengan kempen kemerdekaan ini di mana pelbagai lapisan rakyat Malaysia bersatu jiwa dan hati untuk menjayakan perarakan kemerdekaan ini.

Pada kesempatan ini, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun dengan memasukan kod promosi “KELUARGAMALAYSIA”untuk pesanan pertama dan mendapatkan RM30 ke dalam akaun Maxim sehingga akhir bulan september. Maxim Malaysia juga ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dengan mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan dijalankan.

Semoga aktiviti dapat menjadi satu platform bersama bagi semua warga Malaysia untuk bersatu hati dalam semangat kemerdekaan bersama aplikasi e-panggilan pilihan rakyat Malaysia.

Sebagai berita tambahan, tidak lama lagi aplikasi e-panggilan Maxim (Malaysia) akan melancarkan perkhidmatan “Market Place” iaitu penghantaran beli dan hantar.Kelak, para pelanggan boleh menikmati perkhidmatan penghantaran ini, tidak kira penghantaran makanan ataupun pembelian barang lain melalui aplikasi e-panggilan Maxim. Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di laman sesawang taximaxim.com/my/.