
Merdeka 2025: Maxim E-hailing Prihatin Terhadap Masyarakat Bersama Anak Yatim Sempena Hari Kemerdekaan di Kuantan
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, Maxim E-hailing meneruskan inisiatif berteraskan komuniti di Kuantan dengan mengadakan sambutan bersama anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Baitul Mukmin Kuantan. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Maxim menyertai sambutan Hari Kemerdekaan, memperlihatkan komitmen ikhlas terhadap semangat patriotisme, pembinaan komuniti, dan usaha memberi kembali kepada masyarakat.
Acara dimulakan dengan konvoi patriotik melibatkan 10 pemandu rakan niaga Maxim yang bergerak dari pejabat Maxim Kuantan ke rumah kebajikan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan membawa semangat merdeka sepanjang perjalanan. Setibanya di lokasi, pasukan Maxim menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian penting bagi menyokong keperluan operasi rumah kebajikan tersebut. Sambutan diteruskan dengan jamuan makan tengah hari bersama anak-anak yatim, diikuti dengan aktiviti menarik seperti permainan bertemakan Merdeka, pertandingan mewarna dan pemberian belon mewujudkan suasana ceria dan bermakna buat semua yang hadir.
"Hari Kebangsaan bukan sekadar sambutan kemerdekaan negara, malah ia menjadi peringatan kepada tanggungjawab kita sebagai rakyat dan rakan korporat untuk kembali menyumbang kepada masyarakat sekeliling. Di Maxim, kami percaya pada pembinaan hubungan yang melangkaui perkhidmatan pengangkutan ia tentang menyantuni, dan mencipta impak sebenar, terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Dengan menyambut bersama anak-anak di Baitul Mukmin, kami berharap dapat berkongsi kegembiraan sambil memupuk rasa bangga dan rasa memiliki dalam diri mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar Malaysia," kata Muhammad Hasif Faiz, Ketua Maxim Kuantan.
"Kami amat bersyukur atas kunjungan pihak Maxim pada hari yang begitu penting ini. Kehadiran mereka sangat bermakna buat anak-anak kerana mereka dapat merasa disambut dan diraikan pada Hari Kebangsaan. Selain daripada keseronokan dan aktiviti, lawatan ini juga menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kebanggaan dan perasaan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Pengalaman ini pasti akan memberi kesan mendalam dalam jiwa mereka,” kata salah seorang guru di rumah kebajikan tersebut.
Acara tersebut berlangsung dalam suasana penuh kehangatan dan kegembiraan, dengan penyertaan aktif daripada anak-anak yang teruja menyertai aktiviti bersama pasukan Maxim. Ia mencerminkan semangat sebenar Merdeka perpaduan, keprihatinan dan kebanggaan terhadap negara.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang Maxim terhadap penglibatan komuniti melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Syarikat ini merancang untuk meneruskan dan memperluaskan program seumpama ini ke kawasan lain di seluruh Malaysia dalam usaha mencipta impak yang berpanjangan.