
Maxim E-hailing Perkenalkan “Kadar Wanita” untuk Perjalanan Lebih Selamat di Semenanjung Malaysia
Maxim E-hailing Malaysia melancarkan inisiatif khas yang dinamakan “Kadar Wanita” bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang dengan kadar tambang ekonomi yang berpatutan di tiga bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia Kuala Terengganu, Kota Bharu, dan Kuantan.
Ciri baharu ini membolehkan penumpang membuat tempahan perjalanan secara eksklusif dengan pemandu wanita, terutamanya ketika perjalanan waktu malam atau jarak jauh. Ia dikhususkan untuk dijalankan oleh pemandu wanita bagi penumpang wanita, bagi memastikan privasi dan keselamatan yang lebih baik, terutamanya kepada pelajar, golongan warga emas, serta ibu yang membawa anak-anak kecil.
Tempahan di bawah kadar ini tidak akan dipaparkan kepada pemandu lelaki, sekali gus mengurangkan risiko interaksi yang tidak diingini dan memberikan keselesaan tambahan kepada penumpang wanita.
Perjalanan pertama di bawah “Kadar Wanita” direkodkan pada 17 Oktober 2025, dinaiki kereta Myvi biru-gray menerima tempahan dari Kuantan Putra Square ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ahmad Shah. Penumpang tersebut, seorang ibu kepada dua orang anak, menyatakan rasa penghargaan terhadap ciri baharu ini selepas menamatkan perjalanan.
“Saya perasan ada pilihan baharu dalam aplikasi Maxim dan mencubanya. Sebagai seorang ibu yang membawa anak-anak, saya rasa jauh lebih selamat apabila mengetahui pemandu kami juga seorang wanita. Suasana dalam perjalanan sangat selesa, dan saya tidak risau tentang keselamatan sepanjang masa. Ia benar-benar satu ciri yang prihatin untuk keluarga seperti kami,” kata Puan Aina.
Penumpang lelaki juga boleh membuat tempahan untuk wanita dalam keluarga atau rakan mereka dengan meninggalkan nota kepada pemandu wanita semasa tempahan dibuat. Tiada caj tambahan dikenakan, kadar tambang di bawah “Kadar Wanita” kekal mengikut kadar standard Maxim. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Maxim bahawa keselamatan dan keselesaan harus dapat dinikmati oleh semua wanita tanpa bayaran tambahan atau batasan.
“Kami memahami ramai wanita mahukan rasa lebih selamat apabila melakukan perjalanan seorang diri, terutamanya pada waktu malam. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat dan selesa untuk semua penumpang dan pemandu wanita. Ciri ini bukan sekadar kadar baharu, tetapi sebahagian daripada usaha berterusan Maxim untuk menyokong pilihan mobiliti yang lebih selamat dan meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan e-hailing,” kata Ammar Amsyar, Ketua Maxim Kuala Terengganu.
Perjalanan Perjalanan ini bukan sahaja menunjukkan keberkesanan Kadar Wanita dalam mempromosikan keselamatan dan keterangkuman, tetapi juga mencerminkan komitmen Maxim untuk mewujudkan persekitaran yang boleh dipercayai di mana kedua-dua pemandu dan penumpang, terutamanya wanita, dapat berasa selesa sepanjang perjalanan.
Selain meningkatkan keselamatan penumpang, inisiatif ini juga memberikan perlindungan yang lebih besar kepada pemandu wanita dengan membolehkan mereka menerima tempahan khusus daripada penumpang wanita sahaja. Ini memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan meyakinkan, sekali gus memperkasakan pemandu wanita untuk bekerja dengan yakin dan selamat dalam industri e-hailing.