Maxim mula beroperasi di 6 buah kawasan di Malaysia

Maxim mula beroperasi di 6 buah kawasan di Malaysia

2020年9月28日

Penduduk dan tetamu di Cheras, Sepang, Sungai Buloh, Mukah, Port Klang (Pelabuhan Klang) dan Bandar Baru Bangi akan dapat menggunakan perkhidmatan ini. Anda boleh menempah perjalanan dengan kereta, penghantaran dan pembelian barangan runcit secara jarak jauh di aplikasi Maxim dan dalam talian di laman sesawang.

Cheras terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur. Sektor ekonomi bandar ini adalah berdasarkan perindustrian ringan terutamanya katering, bakeri, tofu dan produk makanan yang lain. Pokok koko dan pokok getah ditanam di sini dan juga terdapat beberapa lombong bijih timah. Cheras ialah salah satu bandar pertama di Malaysia dimana perkhidmatan pengangkutan awam dilancarkan.

Sepang terletak di bahagian selatan negeri Selangor. Nama bandar ini dikatakan ada kaitan dengan nama pokok yang tumbuh di sini. Ianya juga menempatkan litar perlumbaan motosikal dan juga litar Grand Prix Formula 1 Malaysia. Lapangan terbang terbesar di negara ini terletak di Sepang.

Sungai Buloh terletak di bahagian utara wilayah Petaling, iaitu 16 kilometer dari ibu kota. Nama bandar ini di ambil dari bahasa Melayu iaitu sungai buluh. Kawasan ini menarik ramai pelancong disebabkan ianya adalah kawasan paling besar di Malaysia untuk tempat penyemaian tumbuhan.

Mukah ialah sebuah bandar di pesisiran Laut China Selatan. Bandar ini terletak di muara sungai dengan nama yang sama, di mana ianya terletak berdekatan dengan rawa gambut dan hutan paya. Dua aktiviti utama ekonomi di Mukah ialah perikanan dan pemprosesan sagu. Makanan istimewa tempatan ialah umai, yang diperbuat dari ikan mentah dan kanji sagu rumbia.

Port Klang (Pelabuhan Klang) terletak di pinggir bandar Klang, di negeri Selangor. Disini terletaknya pelabuhan paling besar di Malaysia dan merupakan salah satu daripada 20 pelabuhan terbesar di dunia. Selain itu, di Pelabuhan Klang terdapat juga perusahaan perindustrian, terutamanya makanan, tembakau, tekstil dan perindustrian getah. Pelabuhan merangkumi juga pulau-pulau yang berdekatan di mana aktiviti perikanan dilakukan iaitu penangkapan ikan, ketam dan udang.

Bandar Baru Bangi ialah sebuah kawasan perkampungan yang terletak di bahagian tenggara negeri Selangor. Ianya juga dikenali sebagai “kota ilmu”. Di sini terdapat pelbagai jenis universiti, termasuk Universit Kebangsaan Malaysia. Terdapat banyak kilang di Bandar Baru Bangi seperti kilang pengeluaran elektronik, alat ganti kenderaan, farmaseutikal dan lain-lain.