Pelancaran Maxim E-Panggilan di Bandar Limbang, Sarawak

Pelancaran Maxim E-Panggilan di Bandar Limbang, Sarawak

2022年9月27日
#taximaxim

Maxim Malaysia melancarkan E-panggilan di bandar Limbang, Sarawak bermula pada bulan September 2022. Pihak Maxim Malaysia merasakan ini adalah peluang yang baik untuk memperkenalkan perkhidmatan e-panggilan ini, kerana keunikan dan keistimewaan yang ada di bandar tersebut. Kini semua penduduk boleh menikmati perkhidmatan ini dan pihak kami berharap agar ianya mendapat sambutan yang meriah.

Penduduk Limbang tidak perlu risau lagi sekiranya tidak mempunyai kenderaan untuk ke destinasi kerana Maxim sedia untuk menawarkan perkhidmatan. Lebih menarik lagi, kos perjalanan akan diketahui selepas menetapkan lokasi dan ianya tidak bergantung dengan trafik semasa. Dengan cara ini, penumpang boleh merancang kos perjalanan mereka dengan lebih baik.

Penumpang boleh memulakan pesanan sekarang dengan perkhidmatan e-panggilan yang menawarkan kos yang lebih murah serta mudah didapati. Tempahan bermula dari RM3, untuk pengguna baru boleh menikmati promo kod “LIMBANG” dan mendapat RM 30 ke dalam aplikasi Maxim anda, ianya boleh digunakan untuk semua perkhidmatan yang ada di aplikasi Maxim.

Bukan sahaja perkhidmatan penghantaran penumpang menaiki kereta, malahan Maxim Malaysia juga mempunyai perkhidmatan lain seperti beli dan hantar, penghantaran barang ke pintu rumah anda dari lokasi yang ditetapkan. Selalunya, penghantar akan mengirim barang seperti hadiah dan dokumen, menggunakan khidmat kurier manakala makanan dan keperluan rumah menggunakan beli dan hantar.

Maxim sudah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2018, tahun ini merupakan tahun kelima bersama rakyat Malaysia dan terus berkembang maju dengan pelbagai perkhidmatan yang memudahkan orang ramai.Penumpang boleh membuat tempahan dalam aplikasi Maxim taximaxim.com/m dan di laman sesawang taximaxim.com/my.

Dengan kesempatan ini pihak Maxim Malaysia ingin mengajak penduduk Limbang yang berminat untuk mendaftar sebagai salah satu pemandu dan kurier boleh mengikuti, beberapa langkah mudah buat pemandu untuk mendaftar bersama kami, dan mula bekerja. Anda perlu memuat turun aplikasi Taxsee Driver dan mendaftar atau terus mendaftar di talian sea.taxsee.pro/my/