Kempen Ramadan Bersama Maxim Dengan Berkongsi Kegembiraan

Kempen Ramadan Bersama Maxim Dengan Berkongsi Kegembiraan

2 май 2024 г.

Sarawak — Maxim E-hailing mengadakan kempen selama sebulan pada awal Ramadan dengan mengadakan beberapa aktiviti amal di bandar-bandar Sarawak. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan.

Di Kuching, kerjasama dengan media tempatan telah terjalin untuk menjayakan kempen pengedaran bubur lambuk di lima masjid terpilih sekitar bandar. 300-700 bungkus “bubur lambuk” diberikan kepada pengunjung masjid tersebut sekitar jam 4:30 petang hingga 6:00 petang untuk program iftar harian. Pasukan Maxim turut menyampaikan kalendar umat Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk kepada waktu Imsak dan Iftar.

Ramadan merupakan bulan yang di penuhi dengan kebaikan, di mana umat Islam mengambil peluang untuk menderma dan berkongsi dengan orang lain. Maxim mengambil bahagian dalam acara ini dan berharap dengan perkongisan ini ia akan membawa kegembiraan dan makna kepada penerima.

Pasukan di Miri turut menyertai kerjasama pengagihan “bubur lambuk” di tiga masjid terpilih dalam bandar. Hampir 400 bungkus “bubur lambuk” bagi setiap masjid. Penerima makanan datang daripada ahli jemaah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Saya sangat berterima kasih atas peluang kerjasama ini, bersama-sama kita berkongsi kebaikan di sekitar bandar yang kami percaya adalah penyokong utama. Kebanyakan pengunjung kelihatan gembira apabila mendapat juadah dan kami juga bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Ramadan 2024 mereka,” Ericson Bryan, Ketua Bahagian Maxim Kuching.

Acara seterusnya ialah di Bintulu, iaitu program sehari bersama Kompleks Anak Yatim Bintulu telah diadakan dengan memberikan juadah berbuka puasa kepada mereka. Kira-kira 20 rumah anak yatim menyertai dan menerima sumbangan daripada Maxim. Pasukan dari Maxim juga membimbing rumah anak yatim mengenai industri pengangkutan dengan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan apa yang mereka harapkan apabila mereka melakukan perjalanan.

Dengan tanda sokongan kepada masyarakat. Lagu alu-aluan yang menyentuh hati kanak-kanak sangat bergema dengan pasukan kami, dan kami mengucapkan terima kasih yang tulus atas sambutan hangat mereka. Kami menyampaikan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua peserta atas kebaikan dan kemurahan hati mereka yang tidak berbelah bahagi, mengesahkan komitmen kami untuk memupuk belas kasihan dalam komuniti kami. Sambil kita terus bersatu dalam semangat Ramadan, kami mengucapkan selamat tinggal kepada semua untuk menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keberkatan dan bermakna,” Leonardo, Ketua Bahagian Maxim Bintulu

Akhir sekali, satu acara khas telah diadakan di Sibu. Kempen dua minggu di Masjid An-Nur dengan memberi 60 bungkus juadah untuk program iftar. Program ini bertujuan membantu golongan tidak berkemampuan yang memerlukan juadah untuk berbuka puasa dan mereka boleh mendapatkannya dari masjid. Pihak pengurusan masjid turut memberi sokongan penuh melalui program tersebut.

Aktiviti utama yang dijalankan ialah memberi sumbangan bungkusan makanan kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa dan menyambut bulan yang mulia ini. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara Maxim dan masyarakat serta dapat memperkenalkan Maxim kepada masyarakat. Program seperti ini sangat membantu masyarakat dan Maxim akan terus melakukan aktiviti seperti ini pada masa hadapan,” Morrison, Ketua Bahagian Maxim Sibu

Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.