Maxim Kembangkan Operasi Di Bandar Baru Sekitar Negeri Sembilan

Maxim Kembangkan Operasi Di Bandar Baru Sekitar Negeri Sembilan

26 Disember 2023

Penerimaan Maxim E-hailing di Negeri Sembilan sangat memuaskan, di mana bilangan tempahan kian meningkat, berserta maklum balas positif sepanjang perkhidmatan dijalankan. Ini membuatkan pihak pengurusan ingin memperluaskan operasi di bandar baharu iaitu Port Dickson bagi menampung permintaan dari sana.

Port Dickson merupakan bandar pelancongan dengan kawasan pantai yang cantik, ramai pengunjung berkunjung bagi menikmati percutian dan meluangkan masa bersama keluarga di pantai. Tambahan juga, Bandar ini juga mempunyai beberapa universiti dengan bilangan penduduk tempatan yang menggunakan e-hailing sebagai pengangkutan.

Sempena pelancaran operasi, Maxim E-hailing melihat ini boleh menjadi peluang peningkatan ekonomi, ini kerana perkhidmatan itu boleh membantu penduduk tempatan dari pelbagai aspek termasuk peluang untuk berkerjasama, pengangkutan, penghantaran dan lain-lain.

Tempahan pertama telah dibuat pada 16 June 2023 oleh kenderaan Mitsubishi Xpander gray, dan sejak itu tempahan kian meningkat hari demi hari.

Pembukaan bandar baru di sekitar Negeri Sembilan adalah berdasarkan permintaan yang tinggi dari pengguna. Sebelum berakhirnya 2023, pihak pengurusan bersetuju untuk menggembangkan operasi di Bandar Port Dickson. Dalam masa yang sama, ini juga memberi peluang kepada orang awam untuk menyertaiRakan-pemandu Maxim” Muhammad Haziq, Ketua Bahagian.

Bukan sahaja E-hailing, malahan ada pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuk penghantaran, kargo, beli & hantar.

Penghantaran

Pengguna boleh memesan perkhidmatan penghantaran untuk menghantar pakej, dokumen, makanan atau apa sahaja dari satu lokasi ke lokasi lain. Sesetengah pemilik perniagaan menggunakan platform ini untuk menghantar barangan mereka, kerana ia sangat mudah dan berpatutan.

Kargo

Ia untuk barangan yang lebih besar yang perlu dipindahkan, ia boleh menjadi pemindahan rumah, peralatan pejabat atau penghantaran perabot baharu. Pengguna juga boleh menambah bilangan pekerja tambahan sekiranya memerlukan orang untuk mengangkat barang.

Beli & Hantar

Perkhidmatan ini boleh membantu ramai suri rumah mendapatkan barangan mereka dari pasar dan penghantaran terus ke rumah. Pemandu rakan kongsi akan membantu untuk membeli barangan dan penghantaran terus ke lokasi.

Daripada semua perkhidmatan, Maxim E-hailing berharap ia dapat membantu operasi harian pengguna. Kini dengan satu platform, pengguna boleh mendapatkan beberapa perkhidmatan dengan teknologi dan aplikasi inovatif.