Ketahui Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Pemandu – Panduan dari pihak pengurusan Maxim

Ketahui Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Pemandu – Panduan dari pihak pengurusan Maxim

26 Disember 2023

Maxim E-hailing membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjadi Rakan-pemandu. Peluang seperti ini dapat membantu individu yang menganggur, pelajar lepasan universiti dan pekerja separuh masa yang sedang mencari pendapatan tambahan. Masa bekerja adalah sangat fleksibel, mereka boleh memilih masa mereka sendiri sebagai kerja sepenuh masa atau separuh masa.

Dalam era ekonomi yang terkini, ramai yang memburu keseimbangan simpanan dan mencari wang tambahan. Maxim merupakan salah satu platform yang menawarkan peluang baik untuk mendapatkan wang tambahan. Rakan- pemandu boleh memperoleh wang dari setiap perjalanan dan boleh melancarkan kos minyak bulanan beserta perbelanjaan poket yang berlebihan.

Kali pertama saya menjadi salah seorang pemandu ketika musim Covid-19, dan saya salah seorang yang hilang pekerjaan. Tahun ini masuk yang ketiga saya berkerja sebagai pemandu Maxim yang telah memberi peluang kepada saya. Secara tidak langsung saya dapat belajar banyak perkara baharu dengan berjumpa ramai orang setiap hari. Bukan hanya itu, Maxim juga menjadi periuk nasi untuk saya dengan berpendapatan dalam anggaran RM2,000 – RM2,500 sebulan dengan bekerja sebagai pemandu sepenuh masa. Lau Meng Chung, Rakan-pemandu Maxim”

Untuk menyertai menjadi Rakan-pemandu, terdapat beberapa dokumentasi dan lesen yang perlu dilengkapkan, dan satu aplikasi untuk dimuat turun. Berikut ialah senarai dokumen yang perlu disediakan, dan muat naik ke dalam aplikasi:

a. MyKad (biru)

b. Lesen Memandu Kompeten Asal (CDL) mestilah sah laku lebih daripada satu (1) tahun

c. Lesen PSV

  • 1 gambar berwarna (latar belakang putih) dengan dimensi 25 mm x 32 mm
  • Pemeriksaan Keselamatan
  • Borang JPJL8A
  • Borang JPJL12
  • Sijil JPJL2C

Permohon perlu memuat naik aplikasi Taxsee Driver, ianya boleh didapati di beberapa platform iaitu: Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery

Selepas memuat turun aplikasi, anda perlu mendaftar dan memuat naik dokumentasi. Ini kerana pihak pengurusan Maxim E-hailing akan memohon EVP (E-hailing Vehicle Permit) daripada APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).

Selepas itu, Rakan-pemandu akan mendapat panggilan daripada pihak pengurusan bagi permohonan yang dibuat dan ikuti arahan bagi penyediaan mulanya perjalanan bersama Maxim E-hailing! Hanya dengan satu aplikasi dapat menyokong peluang untuk mereka memperoleh wang tambahan.

Untuk menunjukkan sokongan kepada pemandu rakan kongsi, Maxim E-hailing membayar balik kos lesen PSV dan menggunakan EVP daripada APAD untuk bakal pemandu Rakan Kongsi yang bersedia bekerjasama dengan Maxim E-hailing. Pemandu rakan kongsi dikehendaki membawa resit PSV ke pejabat Maxim E-hailing yang terdekat dan kakitangan sokongan kami akan membimbing pemandu Rakan Kongsi untuk menuntut kos lesen PSV bersama-sama dengan permohonan EVP.