Pemandu Teksi Veteran – 34 Tahun Di Jalan Raya

Pemandu Teksi Veteran – 34 Tahun Di Jalan Raya

15 мая 2024 г.

Ng Kee Lam, Rakan-pemandu Maxim yang menghabiskan hampir separuh daripada hidupnya sebagai pemandu teksi kini merupakan Rakan-pemandu sepenuh masa Maxim E-hailing. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Chow Kit, anak kedua kepada tiga (3) adik-beradik. Ng Kee Lam menyertai Maxim pada awal 2022 dan sejak itu dia bersama Maxim mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi mereka.

Semasa wawancara dengan Ng Kee Lam, beliau berkata,

“Memandu merentasi bandaraya Kuala Lumpur adalah apa yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya. Saya memulakan perjalanan sebagai pemandu pada tahun 1990 apabila saya berjaya membeli kereta pertama saya. Saya mula memandu, ketika pembangunan Kuala Lumpur masih berjalan,dan berjaya melihat bagaimana bandar ini berkembang sehingga ke hari ini. Kenangan terindah saya adalah dapat berpeluang melihat pembagunan negara dari zaman tiada KLCC ke zaman yang teknologi maju.”

Perjalanan sebagai pemandu e-hailing bermula pada awal tahun 2022, dimana kebanyakan penumpang teksi kini berubah dan menggunakan e-hailing sebagai pegangkutan mereka. Ianya lebih sistematik dan mudah untuk kedua-dua belah pihak. Kini sudah lebih dua tahun bekerjasama dengan Maxim dan masih kuat menerima tempahan walaupun di usia 78 tahun. Usaha ini memberi inpirasi kepada rakan-pemandu yang lain.

Beliau juga berkongsi bahawa Maxim adalah satu-satunya platform yang digunakannya, ini kerana fleksibiliti yang ditawarkan oleh Maxim kepada Rakan-pemandu. Salah satu faedahnya ialah pemandu mendapat peluang untuk memilih perjalanan mereka malah mempunyai beberapa pilihan seperti jarak terdekat, ekonomi dan penghantaran.

“Tiada hari rehat bagi saya, Saya memandu setiap hari malah saya suka memandu pada hujung minggu kerana banyak tempahan. Saya memulakan rutin harian saya awal pada 7:00 pagi - 11:00 pagi, waktu rehat untuk makan tengah hari, dan selepas itu diteruskan pada 2:00 petang - 6:00 petang. Saya berehat lama semasa makan tengah hari kerana faktor usia,dan semasa saya masih muda, saya memandu sepanjang hari sehingga tengah malam”

Malah, bukan sahaja beliau malah kebanyakan rakan pemandu teksinya turut memilih Maxim. Mokhtar adalah salah seorang rakan teksinya yang memperkenalkan aplikasi tersebut kepadanya pada tahun 2020 apabila beliau membawa Encik Ng Kee Lam bertemu dengan salah seorang pasukan Maxim. Pasukan kami membantunya dengan aplikasi itu dan mengajarnya tentang cara menggunakannya.

Taxsee Driver adalah platform untuk Encik Ng Kee Lam memperoleh pendapatan setiap bulan. Beliau berjaya mendapatkan kira-kira ratusan tempahan dalam sebulan. Perkara yang menarik ialah, keretanya juga dijenamakan dengan pelekat kereta Maxim, yang membolehkannya mendapat lebih banyak faedah seperti komisen rendah, syif pembelian, keutamaan tempahan, dan elaun bulanan.

“Saya menetapkan sasaran saya setiap hari, iaitu RM80-RM100. Sasaran itu membantu untuk memotivasikan saya untuk memandu dan kadangkala apabila saya mencapainya awal, saya mengambil peluang untuk pulang awal dan meluangkan masa bersama isteri dan cucu saya”

"Saya mempunyai empat cucu yang cantik dan pintar yang tinggal bersama saya, dan kadang kala saya juga menjemput mereka dari sekolah dengan kereta Maxim. Mereka bangga dengan siapa saya dan ada satu Ketika saya masih ingat salah seorang cucu saya berkata dia juga mahu memandu Maxim apabila dewasa”

Akhirnya, usia bukan penghalang untuk seseorang berhenti bekerja. Encik Ng Kee Lam adalah bukti bahawa walaupun kini dia berusia 78 tahun, dia masih boleh memandu setiap hari dan mencapai pendapatan bulanan. Salah satu nasihatnya ialah kekal produktif dan luangkan masa dengan perkara yang bermakna.