Kempen Pemberian Kurma, Maxim Berkongsi Kegembiraan Sempena Ramadan

Kempen Pemberian Kurma, Maxim Berkongsi Kegembiraan Sempena Ramadan

1 aprel 2024

Sabah - Maxim E-hailing mengadakan acara mingguan dengan mengedarkan kurma kepada umat Islam di beberapa daerah di Sabah. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia.

Pasukan Maxim mengedarkan hampir 3,000 pek kurma setiap minggu di kawasan Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Mereka memberi tumpuan kepada kawasan orang ramai seperti Bazar Ramadan dan masjid. Bukan itu sahaja pasukan itu turut menghulurkan kalendar umat Islam kepada orang sekeliling untuk merujuk waktu Imsak dan iftar.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Maxim dan masyarakat di bandar Tawau. Aktiviti seperti ini juga diharapkan dapat mempelbagaikan imej positif Maxim dan menjadikan Maxim sentiasa relevan sebagai pilihan utama masyarakat Tawau,” said Zulkarnain Zainuddin, Ketua Bahagian Maxim Tawau.

Sebagai umat Islam, kita tahu bahawa kurma adalah makanan sunnah yang popular kerana kedua-dua hadis dan al-Quran merujuk kepada buah kurma kerana Nabi Muhammad (SAW) akan berbuka dengan kurma. Malah, kurma kaya dengan nutrien seperti serat, kalium dan vitamin, membekalkan tenaga segera, membantu penghadaman dan menambah tahap penghidratan.

Program ini diadakan di Bazar Ramadan sekitar Kota Kinabalu. Pengagihan memberikan banyak kegembiraan dan senyuman kepada penerima. Ia juga membantu untuk meningkatkan hubungan antara Maxim dan komuniti setempat yang kami percaya adalah pengguna perkhidmatan kami. Kami berharap lebih banyak lagi program seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang terutamanya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.” Dennie Bin Dimpat, Ketua Bahagian of Kota Kinabalu.

“Kempen Ramadan ini sangat bagus, kerana kami juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan.” kata salah seorang peserta acara ini.

Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.