Maxim E-hailing Menghantar Bantuan Keperluan Harian Kepada Mangsa Ribut di Bintulu

Maxim E-hailing Menghantar Bantuan Keperluan Harian Kepada Mangsa Ribut di Bintulu

January 24, 2024

Ribut petir berlarutan selama tiga hari sehingga menyebabkan banjir di beberapa tempat di Bintulu minggu lalu. Kawasan yang paling terjejas ialah Pangsapuri Iris. Di mana sebilangan mangsa yang terjejas oleh kejadian itu, perlu berpindah ke kawasan yang lebih selamat di sekitar bandar.

Terdapat lapan keluarga yang terjejas dan tinggal di balai raya Kampung Assyakirin sebagai tempat perlindungan sementara. Kebanyakan mereka hanya membawa kain dan keperluan asas, ini kerana keadaan cuaca yang teruk membuatkan pergerakan dipercepatkan.

Hujung minggu lalu, Maxim E-hailing Bintulu bekerjasama dengan rakan-pemandu untuk menghantar barangan keperluan kepada mangsa. Bukan itu sahaja, mereka turut menyumbangkan makanan asas seperti air mineral, makanan panas dan makanan ringan. Ini kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai kemudahan untuk memasak.

Barangan yang disumbangkan oleh dua daripada pasukan kami Michael dan Matius bersama rakan-pemandu Dismond, Roland, dan Cassidy. Mereka bekerjasama untuk memastikan semua orang berjaya menerima barangan secara sama rata.

“Tujuan utama program amal ini adalah untuk membantu orang lain yang memerlukan, kerana kami percaya ada antara mereka adalah pengguna kami. Kempen ini seperti memberi kembali kepada pengguna, dan berkongsi kebaikan. Kami memahami bebanan ini terutama kejadian yang berlaku pada awal tahun, kami berharap segala sumbangan tersebut memberi impak kepada mereka Ahmad Shabrie Sairun, Ketua Bintulu.

Maxim E-hailing berharap bahawa usaha ini dapat membantu meringankan beban dan penderitaan semua mereka yang terjejas, dan juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengikutinya.