Majlis Penghargaan Kepada Rakan-Pemandu Bersempena Hari Teksi Sedunia

Majlis Penghargaan Kepada Rakan-Pemandu Bersempena Hari Teksi Sedunia

March 25, 2024

Hari Teksi Sedunia merupakan hari penghargaan bagi meraikan pemandu yang memilih kerjaya sebagai pemandu teksi atau pemandu e-hailing di Malaysia. Maxim E-hailing memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2019 dan masih dibuka untuk pendaftaran sehingga hari ini. Sempena Hari Teksi Antarabangsa, Maxim e-hailing mengambil peluang untuk meraikan Rakan-pemandu.

Bandar Labuan telah mengadakan kejohanan badminton pada awal bulan Mac. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Rakan-pemandu dan pasukan dari Maxim. Ia berlangsung di Pusat Sukan JS dengan 16 pasukan daripada Rakan-pemandu dan lapan dari Maxim. Bukan itu sahaja, mereka juga mengadakan sesi perkongsian, yang membantu para hadirin untuk saling memahami sesama sendiri dan berkongsi pengalaman.

Saya menganggap aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran dari kesesakan lalu lintas yang dihadapi setiap hari. Ini merupakan peluang terbaik untuk mengenali pemandu lain dan saya berasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan mereka secara fizikal. Sebelum ni hanya berjumpa di tepi jalan dan membunyikan hon sesama sendiri. Hari ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan bertukar idea bersama-sama” Zulreme Ahmat, Rakan-pemandu.

Bukan itu sahaja, bandar Tawau menganjurkan sesi minum petang dengan seramai 50 Rakan-pemandu yang menyertainya. Tujuan acara ini adalah untuk membina ikatan, pendekatan syarikat, berkongsi pengalaman dan menghargai Rakan-pemandu. Terdapat juga aktiviti yang diadakan, berserta cabutan bertuah.

Terima kasih kerana menjemput kami ke acara minum petang, aktiviti ini membantu pemandu berkenalan dengan pasukan dari Maxim. Di masa hadapan, lebih mudah bagi pemandu untuk bekerjasama, apabila ikatan antara syarikat dan pemandu terjalin” Ismail Ahmad, Rakan-pemandu.

Aktiviti yang dijalankan bersama rakan pemandu membantu kami mengeratkan hubungan. Bukan itu sahaja, ia turut mengingatkan mereka selain menjana pendapatan, menjaga kesihata fizikal dan mental juga penting terutama bagi mereka yang bekerja rutin harian hanya duduk dalam kereta memandu dan mengambil tempahan dalam tempoh yang lama. Saya fikir ia satu rancangan yang baik untuk membuat acara sebegini dan kami merancang untuk melakukannya lebih banyak lagi” Mohd Hazwan, Pengarah Maxim Malaysia.

Tempahan di aplikasi semakin meningkat dari hari ke hari dengan permintaan yang tinggi daripada penumpang. Maxim bukan sahaja tertumpu pada e-hailing, tetapi perkhidmatan Maxim telah dipelbagaikan kepada rakan-penghantar, menunda, kargo, dan penghantaran makanan yang sedia memenuhi keperluan harian.

Masih belum terlambat untuk menyertai sebagai Rakan-pemandu, dafrtarlah sekarang dan sertai keluarga Maxim. Pendaftaran pemandu boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi TaxSee dan pasukan kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut selepas pendaftaran dalam talian.